Anda di sini

Inisiatif kenal pasti kumpulan tiada dokumentasi

Advertisement
 Gan (lima kiri) dan Nur Zaihanirah (tujuh kanan) selepas menandatangani perjanjian persefahaman untuk ‘Project Buddies’ sambil disaksikan oleh Tiang (enam kiri) serta yang lain.
JALIN KERJASAMA: Gan (lima kiri) dan Nur Zaihanirah (tujuh kanan) selepas menandatangani perjanjian persefahaman untuk ‘Project Buddies’ sambil disaksikan oleh Tiang (enam kiri) serta yang lain.

‘Project Buddies’ bantu kanak-kanak, belia Sibu Jaya tidak punyai sijil kelahiran dan kad pengenalan

SIBU: Junior Chamber International (JCI) Sibu Jaya dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) akan menganjur jerayawara membantu kanak-kanak dan belia Sibu Jaya yang tidak mempunyai sijil kelahiran dan kad pengenalan menerusi program ‘Project Buddies.’

Pengerusi pengelola ‘Project Buddies’, Nur Zaihanirah Zaini berkata, projek tersebut dilancar pada jerayawara diadakan di Sibu Jaya Town Square pada 30 April ini.

Jerayawara berlangsung selama tiga hari bermula 29 April hingga 1 Mei. Manakala, ‘Project Buddies’ akan dijalan sepanjang tahun ini membantu kanak-kanak dan belia tidak mempunyai sijil kelahiran dan kad pengenalan,” ujarnya pada sidang media di UCTS, petang semalam.

Nur Zaihanirah juga Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UCTS berharap menerusi projek yang dilancarkan akan membantu lebih ramai kanak-kanak dan belia yang tidak mempunyai dokumen kewarganegaraan untuk memiliki masa depan cerah.

Pasukan projek telah mula mencari kanak-kanak dan belia yang tidak mempunyai sijil kelahiran dan kad pengenalan sekitar Disember tahun lepas. Kebanyakan mereka golongan berusia 16 tahun ke atas.

Setakat ini, kita telah mengenal pasti lebih 30 orang tidak memiliki dokumen kewarganegaraan di Sibu Jaya,” jelasnya.

Sementara itu, Setiausaha Politik Ketua Menteri Michael Tiang berkata, beliau  menguruskan kes kanak-kanak dan belia tidak memiliki dokumen kewarganegaraan sejak mula dilantik sebagai setiausaha politik.

Banyak perkara saya pelajari sepanjang melakukan urusan selesaikan isu tidak memiliki sijil kelahiran dan kad pengenalan. Saya berharap menerusi pelancaran projek, lebih ramai sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu dapat tampil bersama-sama membantu dalam projek ini,” ujarnya.

Hadir sama ialah Presiden JCI Sibu Jaya Fabian Gan, Naib Presiden Kebangsaan JCI Senator Ellen Lu Ping Ping, Naib Presiden JCI Sibu Jaya Bennet Sigat dan Henry Lee Yang Fong  dan pengerusi pengelola jerayawara Chang Sze Khan.

  • oleh
  • Advertisement