Anda di sini

Perangi habis-habisan

Advertisement
 Fadillah (tengah), Fazzrudin (belakang kiri) dan Hasidah merakamkan gambar bersama sukarelawan belia Sarawak yang komited untuk memerangi dadah habis- Gejala salah guna dadah masih habisan, semalam.
DADAH MUSUH SEMUA: Fadillah (tengah), Fazzrudin (belakang kiri) dan Hasidah merakamkan gambar bersama sukarelawan belia Sarawak yang komited untuk memerangi dadah habis- Gejala salah guna dadah masih habisan, semalam.

KUCHING: Gejala penyalahgunaan dadah di negeri ini masih membimbangkan meskipun pelbagai inisiatif telah dilaksanakan kerajaan untuk memerangi dadah habishabisan.

 Sehubungan itu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menggesa semua pihak dan masyarakat agar membantu pihak berkuasa dalam usaha memerangi gejala dadah.

 “Walaupun statistik kes penyalahgunaan dadah menunjukkan penurunan pada tahun lepas, namun kita khuatir kerana kumpulan paling besar terlibat dalam gejala ini ialah mereka yang berumur 22 hingga 39 tahun iaitu hampir 1,500 orang dan bawah umur 17 tahun seramai 71 orang.

 “Kumpulan ini merupakan kumpulan produktif yang boleh menyumbang kepada diri, keluarga dan masyarakat, tetapi apabila mereka terlibat dengan dadah, ia menjadi masalah kepada masyarakat.

 “Jadi, jika kita dapat kurangkan jumlah mereka yang terlibat dalam gejala penyalahgunaan dadah dan kes-kes berulang, maknanya kita telah dapat memulih penagih-penagih ini,” ujarnya.

 Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan 2017 sempena Kempen Perangi Dadah Habis-Habisan 2.0 di Giant Samariang di sini, semalam.

 Terdahulu dalam ucapannya, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata statistik daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak menunjukkan sebanyak 751 kes dadah direkodkan pada tahun 2014.

 Daripada jumlah tersebut, sebanyak 689 kes merupakan kes baharu, manakala 62 kes lagi merupakan kes berulang.

 Statistik menunjukkan peningkatkan kepada 810 kes pada tahun 2015 dengan 741 kes merupakan kes baharu dan 69 kes berulang.

 Namun tahun lepas, jumlah kes penyalahgunaan dadah menurun kepada 498 kes (481 kes baru dan 17 kes berulang) dengan majoriti daripada mereka yang terlibat adalah dari kalangan umur 22 hingga 39 tahun.

 “Walaupun kes penyalahgunaan dadah menurun pada tahun lepas, namun penglibatan wanita menunjukkan peningkatan meskipun majoriti yang terlibat adalah dari kalangan lelaki.

 “Sebab itu, penting untuk kita menggerakkan kerjasama secara bersepadu supaya kita dapat menyelesaikan masalah ini secara komprehensif,” ujar Fadillah.

 Turut hadir, Menteri Muda Pembangunan Awal Kanak- Kanak dan Pembangunan Keluarga Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, ADUN Tupong Fazzrudin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK Malaysia Datu Jubaidah Monseri serta yang lain.

  • oleh
  • Advertisement