Anda di sini

Airforce Flystick tonjol keunggulan

Advertisement
 Pemain dan pegawai Airforce Flystick bergambar bersama penganjur selepas majlis penyampaian hadiah.
GEMBIRA: Pemain dan pegawai Airforce Flystick bergambar bersama penganjur selepas majlis penyampaian hadiah.

KUCHING: Pesta Hoki Petra Jaya 2.0 2017 yang melabuhkan tirainya ming­gu lepas memperlihatkan penguasaan Airforce Fly­stick apabila ditabal selaku juara kategori Terbuka Lelaki.

Pasukan itu bagaimanapun menerima tentangan sengit daripada jaguh dari Miri, Warrior HC sebelum me­nang tipis 1-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Sarawak, Petra Jaya.

UNIMAS HC berpuas hati di kedudukan ketiga.

Kategori Terbuka Wanita yang disertai empat pasukan berkesudahan dengan X-P One merangkul kejuaraan selepas menjinakkan Reu­nite HC.

Dalam aksi Lelaki Bawah 17 Tahun, Falcon HC yang mewakili Sekolah Sains Kuch­ing Utara muncul johan.

Tempat kedua disandang SMK St Thomas, Kuching dan SMK St Colombo, Miri di tempat ketiga.

Kehampaan pasukan lelaki meraih kejuaraan ditebus pasukan wanita St Colombo, Miri dengan menjuarai kate­gori Perempuan Bawah 17 Tahun.

Pencabar juara, SMK Pen­rissen B pula berpuas hati di tempat kedua manakala SMK Sri Matang di tempat ketiga.

Sementara itu, Kuching Hockey Club Mixed merang­kul kejuaraan dalam kategori Veteran.

Sarawak Energy Mixed dan Gertaq HC masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Kategori terakhir, Bawah 12 tahun Lelaki pula dime­nangi SK Telaga Air A dan SK Merpati Jepang A di tempat kedua.

Edisi kedua Pesta Hoki Petra Jaya diadakan dari 18- 19 Mac dan dianjurkan oleh Persatuan Bekas Pemain Hoki Sarawak (PBPHS) dengan kerjasama Kelab Hoki Bekas Pemain Kuching, Majlis Su­kan Negeri Sarawak (MSNS), Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) dan SK Mejer Jeneral Dato Ibrahim.

Ia melibatkan seramai lebih 700 pemain dan pegawai mewakili 47 pasukan dan sekolah.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Presiden dan Se­tiausaha PBPHS, Rudi Naziri dan Desmond Labung.

Sementara itu, Presiden PBPHS Haidel Heli mer­akamkan terima kasih ter­hadap Menteri Kerja Raya Datuk, Seri Fadillah Yusof kerana menyokong usaha persatuan itu dalam mem­promosikan sukan hoki di Sarawak.

Beliau juga berterima kasih kepada MSNS dan PSS ker­ana membantu memastikan pertandingan kali ini berjaya dianjurkan.

“Terima kasih kepada Ket­ua Pegawai Eksekutif (CEO) PSS, Dr Ong Kong Swee kerana membenarkan peng­gunaan lampu limpah semasa pertandingan.

“Tidak lupa kepada penaja lain seperti Uhsports dan Sarawak Energy atas sum­bangan menjayakan pesta kali ini,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement