Anda di sini

Sarawak berpotensi jadi hab pembuatan tayar jika memiliki ladang untuk sokong industri

Advertisement
 Uggah semasa mesyuarat bersama LGM, semalam.
MESYUARAT: Uggah semasa mesyuarat bersama LGM, semalam.

KUCHING: Sarawak berpotensi menjadi hab pembuatan tayar jika negeri ini mempunyai skala ladang getah yang mampu menyokong industri berkenaan.

Justeru, Timbalan Ke-tua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Pelan Induk Industri Getah perlu diwujudkan di negeri ini untuk meme-nuhi skala permintaan dan keperluan industri getah moden.

Syarikat pembuatan tayar sudah pasti berminat untuk melabur di Sarawak jika kita mempunyai saiz ladang getah yang dapat menyokong industri ini,” katanya selepas mesyuarat bersama Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM) Datuk Dr Mohd Akbar Md Said, semalam.

Justeru, Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar menambah Sarawak perlu meningkatkan keluasan penanaman getah untuk memenuhi keperluan industri, di mana pada masa ini hanya terdapat kira-kira 160,000 hektar ladang getah di seluruh negeri ini.

Menurut beliau, industri kecil memerlukan sekurang-kurangnya 3,000 hektar ladang getah dan industri kecil sarung tangan memerlukan sekurang-kurangnya 1,000 tan getah sebulan.

Sehubungan itu, katanya, usaha perlu dilakukan untuk menggalakkan industri hiliran getah kerana pada masa ini, Sarawak hanya mengeluarkan produk getah SMR.

Kita tidak mempunyai mana-mana industri seperti pembuatan sarung tangan, tiub getah dan sebagainya. Sudah tiba masanya untuk kita melihat ke arah itu,” katanya.

Dalam pada itu, Uggah berkata kementeriannya juga sedang berbincang dengan LGM cara-cara meningkatkan keluasan ladang getah di Sarawak untuk memenuhi permintaan industri ter-utamanya menyokong pusat pengeluaran susu getah pekat.

Advertisement