Anda di sini

Ops Tapis Limbang serbu 10 rumah

Advertisement

14 lelaki, 11 wanita diperiksa dalam operasi banteras dadah, jenayah

 Anggota polis mendengar taklimat sebelum operasi bersepadu dijalankan di Kampung Pahlawan, Limbang kelmarin.
BERSEDIA: Anggota polis mendengar taklimat sebelum operasi bersepadu dijalankan di Kampung Pahlawan, Limbang kelmarin.

LIMBANG: Seramai 14 lelaki dan 11 wanita diperiksa dalam Ops Tapis Bersepadu yang dilancarkan di Kampung Pahlawan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata operasi dijalankan membabitkan sembilan pegawai dan 34 anggota pelbagai bahagian Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang.

Beliau memberitahu operasi dari jam 8 hingga 11 pagi itu menyerbu 10 rumah dengan sebuah rumah dikategorikan ‘panas.’

Dalam pemeriksaan itu, kita berjaya melakukan dua tangkapan membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952, serta 17 saman pelbagai kesalahan,” katanya di sini semalam.

Beliau menjelaskan operasi itu dijalankan bagi mengesan, mengenal pasti dan menangkap pengedar dan penagih dadah di sekitar kawasan Kampung Pahlawan di sini.

Melalui operasi ini kita memberi penekanan terhadap aktiviti pengedaran dan penagihan dadah, menangkap pesalah-pesalah dikehendaki serta mengurangkan kadar kejadian jenayah di sini secara terancang dan konsisten,” jelasnya.

Katanya, operasi berjalan lancar dan terkawal dan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

  • oleh
  • Advertisement