Anda di sini

Bunuh ibu tunggal: Tempoh reman peniaga pasar dilanjutkan tujuh hari

Advertisement
 Seorang lelaki dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh semalam untuk melanjutkan tempoh tahanan reman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kematian seorang ibu tunggal di Taman Dato Lew Yap Sip, Ampang, Isnin lalu. — Gambar Bernama
TEMPOH REMAN DILANJUTKAN: Seorang lelaki dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh semalam untuk melanjutkan tempoh tahanan reman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kematian seorang ibu tunggal di Taman Dato Lew Yap Sip, Ampang, Isnin lalu. — Gambar Bernama

IPOH: Mahkamah Majistret di sini semalam membenarkan permohonan polis untuk melanjutkan tempoh reman seorang peniaga pasar bagi membantu siasatan kes kematian seorang ibu tunggal, Isnin lalu.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret N.Mageswari mengeluarkan perintah lanjutan reman tujuh hari bermula hari ini ke atas suspek lelaki yang berumur 34 tahun itu selepas tempoh reman tujuh hari sejak Selasa lepas berakhir semalam.

Lelaki itu yang merupakan peniaga di Pasar Besar Kampung Rapat ditahan di sini kira-kira 12 tengah hari, pada 13 Mac lepas.

Dia ditahan pada hari sama seorang wanita berusia 53 tahun ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman pada tubuh di bilik tidur tingkat atas kediamannya, di Taman Dato Lew Yap Sip, Ampang di sini.

Hasil siasatan menemukan kesan pecah di bahagian pintu rumah dan pintu bilik tidur mangsa selain kesan terbakar pada langsir serta kerusi dalam bilik tidur ibu tunggal itu. — Bernama

Advertisement