Anda di sini

Elmi ‘raja trek Samarahan’

Advertisement
 Abdul Karim (belakang empat kanan) ditemani (dari tiga kanan) Mohd Ainie, Mohammad Ali, Idris dan Ibrahim serta tetamu lain bersama pemenang Samarahan Bike 2017 semalam.
TAHNIAH: Abdul Karim (belakang empat kanan) ditemani (dari tiga kanan) Mohd Ainie, Mohammad Ali, Idris dan Ibrahim serta tetamu lain bersama pemenang Samarahan Bike 2017 semalam.

Pekayuh PDRM kuasai kategori Elite Terbuka Lelaki Samarahan Bike 2017

KOTA SAMARAHAN: Pekayuh dari pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) G, Muhammad Elmi Jumari merangkul juara kategori Elite Terbuka Lelaki Kejohanan Samarahan Bike 2017 yang berlangsung di sini semalam.

 Dengan gelaran itu, Elmi membawa pulang wang tunai RM1,500, piala iringan dan medal serta hadiah sampingan lain.

 Manakala naib juara dan ketiga dimenangi pekayuh kedua-dua dari pasukan Prestanda, Cheku Mohd Nazmie dan Muhd Ameer Ahmad Kamal masing-masing membawa pulang wang tunai RM1,000 dan RM800 serta piala iringan, medal dan hadiah sampingan.

 Tempat keempat membawa pulang wang tunai RM500 dan medal dimenangi Hamdan Hamidun dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diikuti Amirul Anuar Jafri dari PDRM-G tempat kelima (RM300 serta medal).

 Tempat keenam hingga ke- 10 masing-masing dimenangi Wan Abdul Rahman Hamdan (RM200 serta medal), Cehku Muhd Syamil (RM150 dan medal), Muhd Ameen Ahmad Kamal (RM100 serta medal), Mohd Firdaus Awang (RM100 dan medal) dan Bentar Sari (RM100 dan medal).

 Sementara itu, Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menggalakkan penganjuran sukan berbasikal memandangkan ia dilihat semakin diminati oleh golongan muda.

 Katanya, dengan adanya acara sukan itu dapat mencungkil bakat-bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

 “Malah, bakat-bakat muda ini boleh diketengahkan bagi mencari pelapis-pelapis baharu mewakili negeri pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan negara pada Sukan SEA akan datang,” katanya.

 Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penangguhan dan penyampaian hadiah Kejohanan Samarahan Bike 2017 di Pusat Beli-Belah Summer Mall di sini semalam.

 Bagi kategori Veteran All Star pula, Nor Effandy Rosli dari pasukan Pedasa merangkul gelaran juara sekali gus membawa pulang wang tunai RM1,000, piala dan medal.

 Naib juara dan tempat ketiga dimenangi M.

 Hatta dari pasukan Gass dan Zulkipli Joe masing-masing membawa pulang wang tunai RM800 dan RM600 berserta piala iringan dan medal.

 Kategori junior menyaksikan dua pekayuh Terengganu, Wan Abdul Rahman Hamdan dan Muhd Nur Aimin Zariff masing-masing merangkul gelaran juara dan naib juara manakala pekayuh pasukan Giant Kuching, Maximillian Fong di tempat ketiga.

 Kategori The Summer Sarawak Tertutup, tempat pertama dimenangi Abd Qazmizan diikuti Garry Tay (tempat kedua) dan Mohd Afiq di tempat ketiga.

 Manakala kategori wanita menyaksikan pekayuh kebangsaan, Ezzatie Fifiyana dari pasukan Terengganu mudah mengatasi pencabarnya untuk merangkul gelaran juara.

 Naib juara kategori wanita dimenangi Myrtle Wilken dari pasukan Corbusier manakala tempat ketiga dimenangi Nur Faizatul Yuyue dari pasukan Prestanda.

 Samarahan Bike 2017 turut menyaksikan pelbagai aktiviti sampingan diadakan seperti larian, maraton, sukaneka, pameran dan pertandingan untuk kanak-kanak.

  • oleh
  • Advertisement