Anda di sini

Empat dituduh rancang pembunuhan peguam terkenal Myanmar

Advertisement

YANGON: Empat lelaki dituduh merancang pembunuhan seorang peguam terkenal Myanmar dan penasihat kepada pemimpin de facto Aung San Suu Kyi hadir di mahkamah Yangon, semalam.

Ko Ni ditembak di bahagian belakang kepalanya pada lewat Januari pada waktu siang di luar lapangan terbang Yangon ketika menunggu sebuah teksi sambil beliau mendukung cucu lelakinya yang masih kecil.

Beliau merupakan pengkritik lantang penerusan cengkaman kuasa oleh tentera di bawah kerajaan baharu dilantik di Myanmar dan parti Suu Kyi telah menyatakan pembunuhan beliau sebagai “tindakan pengganas” direka untuk menggagalkan dasar mereka.

Penyerang bersenjata, Kyi Lin, ditangkap di tempat kejadian selepas turut menem-bak mati seorang pemandu teksi yang cuba menghalang dia melarikan diri.

Keempat-empat mereka mendengar dakwaan membunuh terhadap mereka di sebuah mahkamah Yangon, semalam.

Kyi Lin dan Aung Win Zaw, yang dikatakan telah membayar dia untuk melakukan pembunuhan itu, turut didakwa kerana memiliki senjata haram, seorang pegawai mahkamah memberitahu AFP.

“Kami sedang menegakkan keadilan untuk U Ko Ni, yang telah dibunuh. Kami bertugas bagi keadilan,” peguam pendakwaan Nay La memberitahu wartawan.

Dua lelaki tersebut yang berada di mahkamah adalah bekas anggota tentera.

Seorang lelaki kelima dituduh kerana mengarahkan pembunuhan masih dalam buruan juga mempunyai hubungan ketenteraan, me-nimbulkan kecurigaan bahawa Ko Ni telah dibunuh kerana cuba memansuhkan perlembagaan 2008.

Piagam, yang dibawa ma-suk di bawah bekas junta Myanmar, menghalang Suu Kyi menjadi presiden dan memuliakan kawalan ke-tenteraan dengan menjamin mereka satu suku daripada kerusi di Parlimen.

Namun pengulas dan teman Ko Ni, Bertil Litner, berkata ia adalah “pengetahuan biasa” bahawa peguam itu semakin hampir untuk menemui satu kelemahan.

“Ko Ni memberitahu beberapa orang, bukan sahaja saya, perkara yang sama: ia adalah tidak berguna untuk cuba mengubah atau meminda perlembagaan kerana pihak tentera mengawal 25 peratus daripada semua kerusi”.

“Namun tidak ada apa-apa dalam perlembagaan 2008 yang menyatakan ia tidak boleh dimansuhkan dengan undi majoriti dalam Parlimen.”

Pegawai tentera telah menafikan mempunyai sebarang peranan dalam kejadian tembakan dan berjanji akan membawa pembunuh ke muka pengadilan. — AFP

Advertisement