Anda di sini

AS lancar serangan udara di utara Syria, nafi sasar masjid

Advertisement

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) kelmarin menyatakan ia telah melancarkan serangan udara ke atas sebuah tempat pertemuan Al-Qaeda di utara dan akan menyiasat laporan bahawa lebih 40 orang awam terbunuh apabila sebuah masjid turut musnah dalam serangan tersebut.

“Kami tidak menyasarkan masjid, namun bangunan yang kami telah sasarkan – yang merupakan di mana pertemuan dilakukan – adalah kira-kira 50 kaki dari sebuah masjid yang masih lagi berdiri tegak,” kata jurucakap tentera AS, Kolonel John J. Thomas.

Menurut satu kenyataan Centcom, “pasukan tentera AS telah melancarkan sera-ngan udara ke atas lokasi perhimpunan Al-Qaeda di Syria pada 16 Mac di Idlib, Syria, mengorbankan beberapa pengganas.”

Jurucakap Centcom kemudian mengesahkan bahawa lokasi sebenar bagi serangan adalah tidak jelas – namun ia adalah yang sama telah dilaporkan secara meluas  sebagai menyasarkan masjid kampung di Al-Jineh, di wilayah Aleppo.

“Kami sedang menyiasat mengenai mana-mana dakwaan tentang kematian orang awam berhubung dengan serangan ini,” tambah beliau, ketika ditanya mengenai laporan Syrian Observatory for Human Rights bahawa 42 terbu-nuh, kebanyakannya adalah kanak-kanak.

“Kami telah mengambil kira perkara itu sebagai serius,” kata beliau, sambil menambah bahawa Centcom tidak menerima sebarang laporan langsung mengenai kematian orang awam.

Observatory yang berpusat di Britain berkata serangan oleh jet perang tidak dikenali telah menyasarkan masjid kampung semasa waktu sembahyang petang.

Ia menyatakan lebih 100 tercedera, dengan ramai yang masih terperangkap di bawah masjid yang ro

 Pekerja mengalihkan runtuhan bangunan selepas serangan udara di bandar Idlib, utara Syria pada Rabu lepas. — Gambar Reuters
ALIH: Pekerja mengalihkan runtuhan bangunan selepas serangan udara di bandar Idlib, utara Syria pada Rabu lepas. — Gambar Reuters

boh. — AFP

Advertisement