Anda di sini

Amerika Syarikat jamin sokong sekutu

Advertisement

Hantar diplomat tertinggi ke Tokyo tatkala ancaman misil Korea Utara semakin serius

 Tillerson (kiri) berjabat tangan dengan Kishida pada sidang media bersama selepas pertemuan mereka           di rumah tetamu Iikura di Kementerian Luar Negara di Tokyo, Jepun semalam. — Gambar Reuters
PERKUKUH KERJASAMA: Tillerson (kiri) berjabat tangan dengan Kishida pada sidang media bersama selepas pertemuan mereka di rumah tetamu Iikura di Kementerian Luar Negara di Tokyo, Jepun semalam. — Gambar Reuters

TOKYO: Diplomat tertinggi Amerika Syarikat (AS) ber-ada di Tokyo semalam untuk memberi jaminan kepada sekutu bahawa Washington berdiri bersama mereka dalam mendepani ancaman misil yang semakin serius dari Korea Utara.

Setiausaha Negara AS Rex Tillerson memulakan lawatannya ke Asia di ibu negara Jepun untuk mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Shinzo Abe dan Menteri Luar Fumio Kis-hida.

Beliau membawa bersamanya salam daripada Presiden Donald Trump yang menyebabkan kegelisahan sewaktu beliau berkempen untuk White House dengan menyatakan sekutu AS perlu meningkatkan lagi usaha bagi mempertahankan diri.

Tetapi Tillerson, bekas taikun minyak yang dipilih oleh Trump untuk mengetuai pasukan diplomatik, dijangka mengesahkan semula soko-ngan bagi Jepun dan Korea Selatan, yang beliau lawati hari ini (Jumaat), sebelum beliau berlepas ke China esok (Sabtu).

Di sana, beliau dijangka menggesa tuan rumah untuk menekan rejim Kim Jong-Un bagi menghentikan program misil balistik dan nuklear Pyongyang sebelum komitmen dapat diberikan kepada rundingan damai.

Ia merupakan pembabitan besar pertama Tillerson dalam diplomasi krisis, selepas lawatan singkat ke Bonn dan Kota Mexico, tetapi beliau tidak dapat meninggalkan kontroversi di Washington.

Sekumpulan kecil ekspa-triat Amerika menunjuk perasaan di luar kedutaan AS di Tokyo untuk menuntut agar bekas ketua eksekutif ExxonMobil itu menghormati perjanjian perubahan iklim di Paris.

Di tanah air, perdebatan terus berlarutan berhubung keputusannya untuk memecah tradisi selama 50 tahun apabila beliau enggan membenarkan kor media diplomatik Washington untuk terbang dalam pesawatnya.

Kira-kira 20 pemberita dari AS terbang dengan pesawat komersil ke Jepun untuk mengikuti lawatannya, tetapi hanya seorang sahaja, seorang penulis terpilih dari sebuah outlet konservatif yang kecil, dibenarkan menaiki jetnya.

Di tanah air, Trump meng-umumkan bajetnya lewat semalam.

Bekas diplomat tertinggi mengecam rancangan tersebut – yang mahu mengurangkan pembiayaan Jabatan Negara sebanyak 28 peratus – sebagai satu tamparan besar kepada pengaruh AS.

Bagaimanapun Tillerson, walaupun mempamerkan profil awam yang rendah, kelihatan bersedia untuk menyokong pemotong besar dengan berhati-hati.

Pegawai Jabatan Negara menegaskan fokus lawatan adalah Korea Utara selain usaha untuk mengimbangi semula perdagangan tanpa mencetuskan perang daga-ngan dengan gergasi China.

Pemangku jurucakap Mark Toner memberitahu pem-berita pada minggu ini bahawa usaha untuk meyakinkan China agar menekan Korea Utara merupakan “cabaran yang bakal dihadapi” dalam hubungan trans-Pasifik.

Beliau ada peluang di setiap lawatan untuk bercakap mengenai langkah seterusnya atau apa yang kita buat sekarang, berhubung Korea Utara,” katanya.

Selepas Tokyo, Tillerson akan terbang ke Seoul untuk rundingan bersama pemang-ku pemimpin Korea Selatan, dan pada hujung minggu ini beliau menuju ke Beijing, di tengah-tengah laporan bahawa beliau akan cuba memuktamadkan ranca-ngan bagi lawatan pemimpin China, Xi Jinping, kepada Trump pada April nanti.

Dalam satu sidang akhbar kelmarin, Perdana Menteri Li Keqiang berkata “prospek adalah cerah bagi kerjasama China-AS”.

Pegawai AS bimbang mengenai kemajuan Korea Utara yang semakin pantas dalam usaha membuat misil balis-tik antara benua yang dapat mengancam kota-kota di tanah besar AS.

China mungkin negara terakhir dengan pengaruh yang signifikan ke atas Korea Utara, yang tidak mempe-dulikan beberapa pusingan sekatan yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan menyasari program senjatanya yang diharamkan.

Beijing turut bimbang se-perti AS mengenai cubaan Pyongyang untuk mengumpul alat nuklear, tetapi memberi pertimbangan yang lebih dalam reaksinya kepada program misil balistik.

Kerajaan Xi secara terbuka lebih bimbang mengenai keputusan Washington untuk melaksanakan program pertahanan misil THAAD di Korea Selatan.

Washington menegaskan THAAD merupakan satu sistem pertahanan yang dilaksanakan untuk melindungi pangkalan AS dan Korea Selatan, tetapi China bimbang sistem radarnya yang moden menjejaskan pencegah nuklear China.

Dalam kenyataan baru-baru ini, Menteri Luar China Wang Yi membayangkan AS dan Korea Utara sama-sama bersalah dan menuju ke arah “pertembungan”. — AFP

Advertisement