Anda di sini

Project Runway RCPF 2017 dapat sambutan hebat

Advertisement
 Para peserta bertarung dalam pertandingan Project Runway yang telah diadakan sempena Rainforest Cultural Polytechnic Festival (RPCF) 2017 di Politeknik Kuching Sarawak baru-baru ini.
MENARIK: Para peserta bertarung dalam pertandingan Project Runway yang telah diadakan sempena Rainforest Cultural Polytechnic Festival (RPCF) 2017 di Politeknik Kuching Sarawak baru-baru ini.

KUCHING: Dataran Jubli Perak Politeknik Kuching Sarawak (PKS) melabuhkan tirai Rainforest Cultural Polytechnic Festival (RPCF) 2017 baru-baru ini dengan Project Runway yang telah menampilkan tiga pertandingan diadakan termasuklah Cultural Model Search, Best Makeup Artist & Fashion Designer Award dan Rainforest Talent.

Menurut Pegawai Kebudayaan PKS yang juga merupakan Pengarah program RCPF2017, Saiful Irwan Sarkawi, festival yang dianggap bertaraf kebangsaan ini turut menyaksikan penglibatan peserta seluruh negara.

Antaranya daripada Politeknik Ibrahim Sultan Johor, Politeknik Sandakan Sabah, Kolej Komuniti Kuching, serta jurusolek dan pereka fesyen amatur dari seluruh negara.

Tema pertandingan yang telah dipilih adalah ‘Rainforest’ bagi menunjukkan keindahan dan kekayaan khazanah hutan hujan. Lebih daripada 2,000 orang penonton telah membanjiri perkarangan festival bagi menyaksikan acara yang gilang gemilang tersebut,” jelas Saiful.

Pelbagai aktiviti juga dimeriahkan dengan Gerak Usahawan Muda PKS dengan beberapa penaja program seperti The Summer Mall Samarahan, Ibrahim Perfume, Kartini Beauty, dan beberapa lagi penaja-penaja lain.

Penampilan istimewa artis tempatan Eyqa Saiful turut memeriahkan majlis tersebut dengan mempersembahkan lagu dalam Project Runway RCPF 2017.

Eleanor Rachel Andrew dan Linson Apoi masing-masing telah dinobatkan sebagai juara pertandingan Best Makeup Artist dan Best Fashion Designer.

Jonah Muh Kang Wen dan Khirtana Susan Alagamalai yang kedua-duanya dari Sabah dan merupakan pelajar PKS telah memenangi pertandingan Mister Rainforest dan Miss Rainforest. Manakala Elextrem Squad yang juga daripada PKS telah memenangi pertandingan Rainforest Talent.

Juri-juri profesional dibarisi oleh Artis Budaya di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Fiedarus Udin, Pegawai Kebudayaan di Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak, Hassanal Redzuan, Pensyarah Jabatan Pengajian Am (JPA) PKS Bibie Neo, Juru Mekap Artis terkemuka di Kuala Lumpur dan Singapura, Omar Khalik, penaja utama mahkota, Zulkifli Ibrahim dan finalis Miss Malaysia Earth KL 2016, Priscilla Mujan Peter.

Pengarah Politeknik Kuching Sarawak Kamaluddin Daud telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Diharap festival seperti ini dapat memupuk perasaan cinta akan dan mengekalkan keindahan alam sekitar di kalangan masyarakat muda terutamanya para pelajar,” tambah Saiful.

Festival ini telah dijayakan oleh penggerak utama Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) PKS, Jawatankuasa Pengurus Blok Kolej Kediaman Kamsis, Badan Kebajikan, Sukan dan Rekreasi (Baksri), Unit Pembangunan Instruktional dan Multimedia (UIDM) dan Kelab Warisan dan Kebudayaan (Kewaris) PKS.

 Tema Rainforest dijadikan tema untuk pertandingan Project Runway yang telah menyaksikan idea-idea kreatif hasil tangan para pereka fesyen dan jurumekap amatur.
IDEA KREATIF: Tema Rainforest dijadikan tema untuk pertandingan Project Runway yang telah menyaksikan idea-idea kreatif hasil tangan para pereka fesyen dan jurumekap amatur.
  • oleh
  • Advertisement