Anda di sini

Ketua Sufi Bangladesh dibunuh

Advertisement

DHAKA: Lelaki bersenjata tidak dikenali membunuh seorang ketua agama dalam masyarakat minoriti Sufi dan pembantu rumahnya di utara Bangladesh kelmarin, kata polis, ketika serangan meningkat ke atas aktivis liberal, sekta minoriti dan kumpulan agama lain di negara majoriti Muslim Sunnah itu.

Polis berkata Farhad Hossain Chowdhury, 55 tahun, dan pembantu rumahnya yang masih remaja ditembak dan ditetalk sehingga mati di kediamannya dalam daerah utara Dinajpur, 350 kilometer dari ibu negara, Dhaka.

Kami belum lagi dapat menentukan siapa yang melakukan pembunuhan itu,” kata ketua polis tempatan Arju Mohammad kepada Reuters, dan menambah mereka tidak menolak kaitan dengan puak militan Islam.

Belum ada pihak mengaku bertanggungjawab bagi pembunuhan itu tetapi negara Asia Selatan yang mempunyai 160 juta penduduk itu sudah menyaksikan siri serangan maut sejak beberapa tahun lalu, yang paling serius pada 1 Julai.

Dalam kes itu, lelaki bersenjata menyerbu sebuah kafe dan membunuh 22 orang, kebanyakannya orang asing.

Al Qaeda dan Islamic State telah membuat pengakuan yang bertindih bagi satu siri serangan tetapi kerajaan menyalahkan militan domestik. — Reuters

Advertisement