Anda di sini

AS kekal rakan penting ASEAN, duta nilai perkembangan semasa

Advertisement

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) kekal menjadi rakan penting bagi ASEAN meskipun ketidakpastian yang berpunca daripada pentadbiran baharu AS dan rantau ini perlu terus menggunakan semua saluran, termasuk duta dan perjanjian rangka kerja perdagangan dan pelaburan (TIFA) sebagai asas untuk berbincang dan berinteraksi dengan AS.

 Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mencadangkan duta-duta ASEAN, semasa mesyuarat tahunan mereka di Washington DC, untuk menilai semua langkah-langkah ekonomi yang diumumkan dan dilaksanakan oleh pentadbiran AS di bawah Presiden Donald Trump.

“Analisis kesan dasar-dasar ekonomi ke atas perdagangan, pelaburan, pelancongan ASEAN dan keseluruhan hubungan ekonomi,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

 Malaysia, katanya, mencadangkan tindak balas dasar kolektif oleh ASEAN terhadap dasar-dasar baharu yang diperkenalkan pentadbiran AS.

 “Menteri-menteri ekonomi ASEAN juga perlu terus mengadakan dialog dengan Majlis Perniagaan AS-ASEAN bagi mendapatkan maklum balas serta daripada syarikat AS tentang pandangan mereka untuk kekal terlibat di rantau ini,” katanya.

 Mustapa berkata ASEAN perlu terus menggalakkan perdagangan adil dan bekerjasama dalam membangunkan ekonomi dunia terbuka yang akan memastikan pertumbuhan dan kemampanan di rantau ini.

 “Semua wakil ASEAN di Washington D.C dicadangkan untuk meningkat kerja dan aktiviti dalam mengketengahkan minat ASEAN di Washington,” katanya. — Bernama

Advertisement