Anda di sini

Pandelela, Nur gagal ke final

Advertisement

KUALA LUMPUR: Penerjun negara, Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri gagal melepasi saingan separuh akhir acara 10 meter platform wanita di Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA di Guangzhou, China semalam.

 Pandelela, pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016, gagal mendapatkan tiket ke pusingan akhir selepas mencatat 338 mata untuk berada di tempat terakhir daripada lima penerjun di separuh akhir A di Swimming Natatorium, Pusat Sukan Olimpik.

 Hanya tiga penerjun teratas daripada dua separuh akhir yang diadakan mara ke final, dan Pandelela dipisahkan dua mata untuk ke final, dengan peserta tempat ketiga, Yulia Timoshinina dari Russia, mengumpulkan 340 mata menerusi lima terjunan.

 Nur Dhabitah pula menduduki tempat keempat dalam separuh akhir B dengan mengumpulkan 302 mata, demikian menurut laman web Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA), www.fina.org. Pingat tunggal negara di kejohanan ini disumbangkan pasangan yang menghasilkan pingat perak di Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Pandelela dan Cheong Jun Hoong, yang memperoleh gangsa dalam acara 10m platform seirama pada Khamis. — Bernama

Advertisement