Anda di sini

Lawas tidak terpinggir dari arus pembangunan perdana

Advertisement
 Awang Tengah (tiga kiri) menunjukkan pelan pembangunan tebingan Sungai Sundar, disaksikan Latin (dua kiri), Arni, Hussaini, Noor Ismail dan Zulki i (kanan).
MEMBANGUN: Awang Tengah (tiga kiri) menunjukkan pelan pembangunan tebingan Sungai Sundar, disaksikan Latin (dua kiri), Arni, Hussaini, Noor Ismail dan Zulki i (kanan).

TERLETAK di utara negeri ini, terpisah dengan bahagian lain di Sarawak dan tersepit dengan negara jiran Brunei tidak menjadikan daerah ini terpinggir dari arus pembangunan perdana.

 Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata Lawas tidak pernah ketinggalan dari pembangunan setanding dengan kawasan lain di Sarawak.

 Jelasnya, kerajaan pusat dan negeri melaksana pelbagai program pembangunan yang berjaya mengubah landskap pembangunan yang membawa kemajuan kepada rakyatnya.

 “Dari dulu hingga sekarang rakyat Lawas boleh menyaksikan pelbagai pembangunan dilaksanakan kerajaan pusat dan negeri untuk membangunkan dan memajukan daerah ini,” katanya pada lawatan kerja ke Lawas, baru-baru ini.

 Bagi tujuan itu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan itu berkata sebanyak RM3 juta dibelanjakan bagi pembinaan masjid terapung, tebingan pantai dan menaik taraf jeti di Kampung Punang.

 Pelaksanaan projek itu bukan saja memacu pembangunan di perkampungan nelayan itu malah bakal mengubah wajah kampung nelayan Ikan lumek laris bagai pisang goreng itu sebagai destinasi pelancongan dan pusat pengeluaran hasil laut utama di Lawas.

 “Perkampungan nelayan Punang mempunyai potensi yang besar dalam agropelancongan sekali gus akan berubah wajah menjadi pusat pengeluaran produk makanan laut utama di daerah Lawas melalui pembinaan pelbagai kemudahan di kawasan berkenaan,” katanya.

 Awang Tengah berkata lagi masjid berkonsepkan masjid terapung di pantai Punang itu akan menjadi satu ikon unik bagi menarik kedatangan pelancong dan menjadikan masjid ini untuk tempat beribadat yang mampu menjadi pusat kepada aktiviti agama dan kampung Punang.

 Bagi pembinaan surau Kampung Pemukat Kuala Lawas, katanya lebih RM1.2 juta dibelanjakan untuk menyiapkan projek itu yang kini hampir 36 peratus dalam kerja pembinaan dan dijangka siap Julai tahun ini.

 Sementara itu sejumlah RM15 juta dibelanjakan untuk pelaksanaan projek pembinaan tebingan sungai dan jeti Sundar yang kini 75 peratus dalam pembinaan.

 Projek itu pentig untuk mengubah landskap daerah kecil Sundar serta membangunkan kawasan luar bandar di daerah ini.

 “Projek pembangunan tebingan sungai dan jeti Sundar dilihat bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi dan sosial sekali gus mengubah wajah daerah kecil Sundar,” katanya.

 Turut hadir ialah Pegawai Daerah Lawas Hussaini Hakim, Penguasa Jabatan Tanah Survei Bahagian Limbang Arni Abdul Rahman, Jurutera JKR Bahagian Noor Ismail Razali, Setiausaha Majlis Daerah Lawas Zulkifl i Sahari dan Pegawai Tadbir Daerah Kecil Sundar Ladin Atok.

 Jelasnya, untuk Trusan sebanyak RM1 juta dibelanjakan untuk pembinaan masjid baharu Trusan yang memasuki fasa pertama serta RM250,000 untuk pembinaan projek jalan pintas dari Kampung Gelapas ke Kampung Menengah Trusan.

 Penambahbaikan kepada jalan pintas ini akan melibatkan pembinaan bulatan dan juga penambahan pembetung air yang akan dilaksanakan sebaik mendapat peruntukan tambahan.

 Mengulas mengenai projek menaik taraf kedai di kawasan itu, ia menumpukan kepada pembangunan untuk mendirikan rumah kedai serta kawasan perumahan.

 “Ini secara langsung akan mengubah landskap pekan Trusan untuk menjadi pekan persinggahan terpenting di daerah Lawas kerana terletak di kawasan strategik bersebelahan dengan daerah Temburong di negara Brunei.

 Dengan perkembangan positif ini, beliau optimis pekan Trusan akan menjadi antara nadi kepada pertumbuhan ekonomi di daerah Lawas secara keseluruhannya.

Advertisement