Anda di sini

12 pertubuhan DUN Muara Tuang terima MRP

Advertisement

KUCHING: Sebanyak 12 pertubuhan, persatuan dan surau menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang semalam.

Geran MRP berjumlah RM58,500 itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Datuk Idris Buang.

Menurut beliau, geran disampai itu disalurkan kepada pertubuhan, persatuan dan surau bagi menjalankan aktiviti mereka.

“MRP ini bagi kegunaan persatuan dan surau di kawasan DUN Muara Tuang untuk menjalankan sebarang aktiviti dan program yang telah dirancang bagi tahun ini.

“Dengan geran ini, ia dapat membantu mereka menggerakkan aktiviti persatuan,” katanya.

Idris berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian geran MRP di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Muara Tuang di Matang, semalam.

Antara penerima geran ialah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berjumlah RM 20,000.

Selain itu Surau Darul Ukhwah Lot Fasa 1 Kampung Tanjung Bundong RM(6,500 dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Endap berjumlah RM6,000.

Advertisement