Anda di sini

Wanita perlu berani hadapi cabaran semasa

Advertisement

Dulu kebanyakan wanita bergantung, perlu dapat sokongan lelaki bagi teruskan hidup

 Wong (dua kiri) bersalaman dengan tetamu yang datang sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2017 anjuran UPP di Kuching, malam kelmarin.

KUCHING: Kaum wanita perlu lebih berani terutama dalam menghadapi cabaran masa kini yang lebih mencabar berbanding pada suatu ketika dahulu.

Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh berkata, pada suatu ketika dahulu kaum wanita kebanyakannya bergantung atau perlu mendapat sokongan daripada lelaki dalam meneruskan hidup.

Bagaimanapun kaum wanita telah banyak berusaha gigih untuk memperjuangkan hak yang sewajarnya agar sama dengan kaum lelaki.

Dengan itu mereka juga perlu lebih berani melakukan perubahan pada diri mereka bagi membolehkan mereka menghadapi cabaran serta gaya hidup yang lebih kuat,” katanya.

Beliau yang juga presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sambutan Hari Wanita Antarabangsa anjuran Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Lembaga Khidmat Masyarakat UPP di sini, malam kelmarin.

Wong berkata bagi menghadapi cabaran itu, wanita perlu menyediakan diri dengan tiga perkara penting iaitu menjadi diri sendiri, berkeyakinan untuk menghadapi cabaran hidup selain mempunyai misi dalam diri.

Kita menyedari bahawa kaum wanita merupakan individu paling penting di dunia walaupun mereka bergelar ibu tunggal,” katanya.

Beliau memberitahu, kaum lelaki harus menghormati wanita dalam apa jua aspek selain menunjukkan contoh yang baik kepada mereka.

Lelaki khasnya ahli UPP perlu menunjukkan contoh yang baik kepada wanita juga ahli UPP dan kita perlu menghormati mereka,” tegasnya.

Sementara itu pengerusi pengelola, Sharon Wong dalam ucapannya berkata, wanita termasuk ibu tunggal perlu berani menyuarakan hak mereka untuk keadilan jantina.

Katanya ia selari dengan tema Hari Wanita Antarabangsa 2017, ‘Berani Untuk Berubah’.

Sambutan Hari Wanita sebegini juga menjadi wadah kepada meningkatkan kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya kaum wanita.

Kita bersyukur khasnya di Malaysia kerana wanita berpeluang mempamerkan bakat serta kebolehan mereka dalam bidang yang amat tinggi.

Misalnya bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Aziz selain itu, ratu skuasy negara Datuk Nicol David,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement