Anda di sini

‘Ngerayo’ di Gita sebar maklumat mengenai gejala penagihan dan penyalahgunaan dadah

Advertisement
 Pameran daripada agensi kerajaan dan NGO.
AKTIVITI SAMPINGAN: Pameran daripada agensi kerajaan dan NGO.

PROGRAM ‘Ngerayo’ di Gita diadakan di Dewan Kampung Gita, Kuching baru-baru ini berlangsung dengan jayanya.

Bertemakan ‘Pencegahan Dadah Bermula dari Rumah’, ia menyaksikan kehadiran ratusan penduduk di sekitar kawasan tersebut menyokong aktiviti yang disediakan.

Lebih manis, ia dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong. Fazzrudin Abdul Rahman sekali gus merasmikan penangguhan program tersebut.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program itu dan antaranya ialah pertandingan perarakan kontinjen, pertandingan mewarna kanak-kanak, persembahan ‘busking’ serta pameran daripada agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Program Ngerayo di Gita itu diadakan bertujuan untuk menyebar maklumat mengenai gejala penagihan dan penyalahgunaan dadah khusus dalam generasi muda selain mendedahkan masyarakat mengenai perkhidmatan yang disediakan AADK kepada kumpulan sasar agar mereka tampil secara sukarela untuk dipulihkan.

Pada masa sama, ia juga bertujuan menjadi mata dan telinga kepada AADK bagi membendung masalah penagihan dan penyalahgunaan dadah dalam komuniti.

Pada majlis itu juga, Fazzrudin menyampaikan sumbangan yang ditaja oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri kepada seramai 21 penerima di mana dua daripadanya merupakan mangsa kebakaran baru-baru ini.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah AADK Negeri Kartina Udin.

 Sebanyak 11 kontinjen mengambil bahagian dalam pertandingan perarakan Program Ngerayo di Gita.
AMBIL BAHAGIAN: Sebanyak 11 kontinjen mengambil bahagian dalam pertandingan perarakan Program Ngerayo di Gita.
  • oleh
  • Advertisement