Anda di sini

Mayat mangsa serangan buaya di Pusa dijumpai

Advertisement

KUCHING: Mayat lelaki mangsa serangan buaya di Sungai Undey, Pusa ketika sedang mengikat batang rumbia petang semalam berjaya ditemui pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Besimilah Rajali berusia 46 tahun dan berasal dari Kampung Hilir Tambak, Pusa.

Difahamkan mayat mangsa ditemui iaitu kira-kira 50 meter dari tempat kejadian berada dalam keadaan sempurna dengan terdapat kesan gigitan di muka serta tangan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Tiong Ling Hii berkata mayat mangsa telah diserahkan kepada polis dan telah dihantar ke Hospital Betong untuk tindakan selanjutnya.

Mayat mangsa serangan buaya di Pusa dijumpai kira-kira 10.10 pagi tadi.

"Mangsa dijumpai jam 10.10 pagi tadi kira-kira 50 meter dari tempat kejadian dan keadaan mayat mangsa masih sempurna, cuma terdapat kesan gigitan di bahagian tangan serta mula mangsa," katanya hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan selepas laporan berhubung kejadian pada jam 5.14 petang semalam.

"Terima makluman daripada Balai Polis Pusa terdapat mangsa dibaham buaya di Sungai Undey Pusa dan keadaan mangsa masih belum dapat dipastikan.

Pasukan  Bomba serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia telah bertindak keluar ke lokasi untuk menjalankan SAR dan difahamkan kejadian sebenar berlaku kira-kira jam 4 petang semalam.

Operasi SAR ditangguhkan pada jam 7.30 malam tadi dan disambung pada jam 7 pagi tadi.

Lokasi insiden serangan terbaharu buaya di Sungai Unday, Pusa

Advertisement