Anda di sini

Ribut Zeus melanda Perancis, dua terbunuh

Advertisement
 Gambar dirakam kelmarin menunjukkan pokok besar tumbang akibat ribut kencang di Carhaix-Plouguer, barat Perancis. — Gambar AFP
TUMBANG: Gambar dirakam kelmarin menunjukkan pokok besar tumbang akibat ribut kencang di Carhaix-Plouguer, barat Perancis. — Gambar AFP

PARIS: Angin yang bertiup dengan kekuatan hurikan melanda bahagian barat dan tengah Perancis kelmarin, mengakibatkan dua orang terbunuh dan 600,000 rumah terputus bekalan elektrik, menurut pihak berkuasa.

Ribut Zeus – dinamakan sempena dewa terpenting dalam mitologi Greek – melanda pantai Atlantik sebelum bergerak merentasi ke tengah dan tenggara negara.

Pakar kaji cuaca berkata mereka mengukur tiupan angin sehingga 193 kilometer sejam di barat.

Pemandu sebuah lori yang membawa tong gas terbunuh apabila sebatang dahan jatuh menimpa kenderaannya di selatan Alps Perancis, sementara seorang pemandu di barat daya meninggal dunia selepas keretanya ditimpa sebatang pokok setinggi 20 meter.

Tujuh remaja tercedera di bahagian barat dan barat daya akibat serpihan yang jatuh, tiga daripada mereka berada dalam keadaan serius.

Kira-kira 600,000 hartanah terputus bekalan elek-trik, menurut pengedar bekalan elektrik Enedis. Ia merupakan jumlah yang pa-ling tinggi sejak ribut gergasi pada 1999 menyebabkan beberapa orang terbunuh dan tiga juta rumah terputus bekalan elektrik.

Hujan lebat yang berterusan turut memaksa penutupan sebatang jalan raya ke Paris, Perdana Menteri Bernard Cazeneuve berkata dalam satu kenyataan. — AFP

Advertisement