Anda di sini

AS arah THAAD ke Korea Selatan

Advertisement
 Sistem pertahanan peluru berpandu antibalistik THAAD tiba di Pangkalan Tentera Udara Osan di Pyeongtaek, Korea Selatan kelmarin. — Gambar Yonhap/Reuters
SIAP SIAGA: Sistem pertahanan peluru berpandu antibalistik THAAD tiba di Pangkalan Tentera Udara Osan di Pyeongtaek, Korea Selatan kelmarin. — Gambar Yonhap/Reuters

WASHINGTON: Pihak tentera Amerika Syarikat (AS) telah mula meng-arahkan sistem pertahanan peluru berpandu antibalistik ke Korea Selatan, selepas satu rangkaian ujian peluru berpandu oleh Korea Utara, menurut Pusat Ketumbukan Pasifik AS kelmarin.

Pengumuman itu muncul selepas Korea Utara yang bersenjatakan nuklear kelmarin melancarkan empat peluru berpandu yang menurutnya adalah sebahagian daripada satu latihan bagi serangan ke atas pangkalan tentera AS di Jepun. Tiga daripada peluru berpandu telah jatuh secara provokatif berhampiran dengan Jepun.

Pengarahan bagi sistem Pertahanan Kawasan Altitud Tinggi Terminal (THAAD) “menyumbang kepada sistem pertahanan peluru berpandu secara berperingkat dan mengukuhkan pertahanan Pakatan AS-ROK terhadap ancaman peluru berpandu Korea Utara,” Pusat Ketumbukan Pasifik berkata dalam satu kenyataan.

“Peningkatan program Korea Utara bagi ujian senjata nuklear dan pelancaran peluru berpandu balistik bersamaan dengan satu ancaman terhadap kedamaian dan keselamatan antarabangsa, serta bertentangan dengan beberapa resolusi Majlis Ke-selamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).”

Korea Selatan dan Amerika Syarikat telah bersetuju pada tahun lepas untuk melaksanakan sistem THAAD, yang dikecam oleh China beberapa kali sebagai satu ancaman terhadap keselamatannya.

Kenyataan daripada Pusat Ketumbukan Pasifik, yang memantau operasi tentera AS di Asia Pasifik, menyata-kan bahawa sistem adalah “satu kemampuan berbentuk pertahanan dan ia tidak memberi sebarang ancaman kepada negara lain di wilayah tersebut.”

Sistem itu bertujuan untuk menyekat dan memusnahkan peluru berpandu balistik bagi jarak dekat dan sederhana semasa fasa terakhir penerbangannya. — AFP

Advertisement