Anda di sini

Warga emas maut digilis lori

Advertisement
 Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
NGERI: Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

KUCHING: Seorang warga emas maut dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah motosikal dan lori di Batu 9 Jalan Kuching-Serian di sini, kira-kira jam 8.10 pagi semalam.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak berkata, ketika kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa yang berusia 69 tahun dan lori berkenaan masing-masing dari arah Serian menuju ke pusat bandar raya.

Kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki di lorong kiri telah dilanggar dari arah belakang oleh sebuah lori dan mangsa bermotosikal digilis lori tersebut,” katanya ketika dihubungi bagi mengesahkan kejadian tersebut.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Bahar Sahmat dari Kampung Paya Mebi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu lori yang berusia 65 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden tersebut.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement