Anda di sini

Sukan dapat membangunkan kecergasan fizikal atlet

Advertisement

SIBU: Kejayaan penganjuran Kejohanan Tenpin Boling 4th Special Olympics Sarawak State Games membuktikan komitmen ahli-ahli keluarga, guruguru, jurulatih dan sukarelawan.

 Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Datuk Tiong Thai King berkata komitmen mereka berpegang teguh kepercayaan melalui sukan dapat membangunkan kecergasan fizikal atlet.

 “Selain itu, ia juga membantu mereka memberi semangat keberanian dan pengalaman mengambil bahagian dalam berkongsi bakat dan kemahiran mereka,” katanya pada Majlis Penutupan Kejohanan Tenpin Boling 4th Special Olympics Sarawak State Games di sini semalam.

 Acara itu dianjurkan oleh Olimpik Khas Sarawak Bahagian Sibu.

 Hadir sama Pengerusi Olimpik Khas Sarawak Bahagian Sibu, Datuk Jason Tai dan Presiden Olimpik Khas Kuching Sarawak, Datin Dayang Mariani Abang Zain.

 Kejohanan dua hari itu disertai seramai 52 peserta dari Bahagian Kuching, Miri dan Sibu.

 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong itu turut menyambut baik usaha dilakukan Olimpik Khas Sarawak Bahagian Sibu menganjurkan program cabaran pengurangan berat badan.

 “Kumpulan sasaran program cabaran pengurangan berat badan ini adalah sesuai kerana masalah obesiti semakin meningkat dan jelas semua orang berisiko daripada kesan ini,” katanya.

 Tambah beliau, masalah obesiti perlu ditangani dengan baik dan perlu diberi perhatian serius.

 “Ia tidak boleh diterima meletakkan anak-anak kita berisiko untuk obesiti dan masalah kesihatan yang berkaitan dengan berat badan berlebihan.

 “Kita harus memberi sokongan kepada amalan diet sihat, senaman dan pendidikan untuk masalah obesiti kalangan kanakkanak khas,” ujarnya.

 Tiong turut yakin lebih ramai atlet sukan Olimpik Khas telah mendapat manfaat daripada program cabaran pengurangan berat badan itu.

 “Kita harap lebih ramai atlet khas dapat menyertai dan komited kepada pelan penurunan berat badan terkawal, kaunseling pemakanan, latihan sukan untuk kebaikan kesihatan dan kehidupan mereka secara keseluruhan,” katanya.

Advertisement