Anda di sini

Langkah tertentu agih BR1M kepada penerima uzur, OKU, sakit tenat

Advertisement

MIRI: Kerajaan mengambil langkah tertentu mengagihkan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada penerima yang uzur, orang kurang upaya (OKU) dan sakit tenat sekitar Miri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin merangkap Menteri Muda Pelancongan Datuk Lee Kim Shin berkata kawasannya mempunyai kira-kira 2,000 penerima BR1M.

Setakat ini kami menyusun baucar BRIM mengikut kategori. Bagi penerima warga emas, kami menghantar bantuan BR1M dalam bentuk wang tunai manakala yang uzur, sakit tenat atau OKU diberi baucar.

Selain itu, kami bekerjasama dengan bank bagi memudahkan urusan penyerahan dan tuntutan wang BR1M,” katanya kepada media selepas menyampaikan BR1M di Home Fir The Aged di Krokop di sini semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii, Kaunselor Aries Leong, pegawai bertugas Home For The Aged Patty Fong dan ketua kaum masyarakat Cina.

Seramai 15 penghuni Home For The Aged menerima wang tunai BR1M berjumlah RM400.

Sementara itu, Lee turut berterima kasih kepada Bank Simpanan Nasional (BNS) yang turut sama menjayakan pengagihan kepada penerima.

Advertisement