Anda di sini

Dua wanita jual loteri haram ditahan

Advertisement
 Antara barangan yang dirampas dalam serbuan ke kedai kopi di pusat komersil BDC pada Ahad.
RAMPAS: Antara barangan yang dirampas dalam serbuan ke kedai kopi di pusat komersil BDC pada Ahad.

KUCHING: Tindakan berani dua wanita menjual loteri haram di sebuah kedai kopi mengundang padah apabila mereka ditangkap polis dalam dua serbuan berasingan, kelmarin.

Bertindak atas maklumat awam dan risikan, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching diketuai ASP Austin Patrick Angkon melakukan serbuan ke dua kedai kopi di pusat komersil BDC di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, suspek-suspek yang ditangkap pada jam 4.30 petang dan 5.48 petang itu berumur 22 dan 21 tahun.

Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM613, iaitu RM528 pada serbuan pertama dan RM85 pada serbuan kedua,” katanya ketika dihubungi bagi mengesahkan tangkapan itu malam kelmarin (Ahad).

Selain wang tunai, polis turut merampas beberapa unit telefon bimbit dan kertas dipercayai slip pertaruhan loteri awam tanpa lesen.

Kedua-dua kes sedang disiasat di bawah Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Advertisement