Anda di sini

Akademi Bola Sepak Wisma Miri sasar lahirkan lebih ramai pemain berbakat

Advertisement

MIRI: Akademi Bola Sepak Wisma Miri menyasarkan bakal melahirkan lebih ramai pemain untuk menyertai kejohanan bola sepak tempatan termasuk di bawah anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

 Presidennya, Abdul Wahad Aman berkata sejak ditubuhkan tahun lalu pihaknya telah melahirkan beberapa pemain yang mewakili Miri ke kejohanan bola sepak tempatan dan luar negara.

 Antara pencapaian terbaik pemain-pemain kelahiran akademi itu ialah muncul naib juara Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Brunei Darussalam 2016 dan Juara Liga Bola Sepak Cahaya Education & Traning Academy (CETA) 2016.

 “Tahun ini kita berhasrat melahirkan pemain-pemain untuk diserapkan dalam Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) dan Liga Premier Miri 2017 dan impian itu tercapai dengan bimbingan jurulatih berkaliber dari akademi itu,” katanya di sini semalam.

 Menurutnya, akademi itu disertai kanak-kanak seusia awal sembilan tahun, 12 tahun, 15 tahun dan 18 tahun serta pemain-pemain senior dan veteran yang masih aktif dalam sukan bola sepak.

 “Kita juga banyak mencipta kejayaan lain pada kejohanan bola sepak anjuran pihak tempatan dan nama Wisma sendiri bukan asing di Miri kerana kita aktif menghantar pasukan pada liga-liga tempatan sebagai pendedahan,” jelasnya.

 Harapan Abdul Wahad adalah untuk melihat pasukan bola sepak Miri nanti diisi oleh 80 peratus pemain dari akademi itu termasuk diserapkan dalam pasukan elit untuk beraksi pada ligaliga di bawah FAM.

 “Kita juga berharap lebih ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke akademi itu demi pembangunan bola sepak supaya kita tidak ketandusan pemainpemain berkaliber pada masa akan datang,” katanya.

 Menurutnya, rata-rata pemain yang menjalani latihan dari akademi itu terdiri murid- murid sekolah rendah dan pelajar-pelajar sekolah menengah sekitar Miri.

Advertisement