Anda di sini

Lebih 400 pelumba sah penyertaan pada MICR

Advertisement
 Ernest (duduk tengah) bersama jawatankuasa MICR di Miri petang semalam.
SERTAI KAMI: Ernest (duduk tengah) bersama jawatankuasa MICR di Miri petang semalam.

MIRI: Lebih 400 pelumba basikal dari seluruh Malaysia termasuk dari negara jiran Brunei Darussalam menge­sahkan penyertaan pada per­lumbaan Miri International Century Ride (MICR) di sini 26 Mac ini.

Cabaran julung kali itu melibatkan jarak sejauh 120 kilometer bermula pusat Bandaraya Miri menuju ka­wasan sekitar Bekenu dan Lambir.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Pelan­congan Majlis Bandaraya Miri (MBM), Kaunselor Ernest Goh berkata seramai 500 pe­serta disasarkan mengambil bahagian dan penyertaan ter­buka sehingga 20 Mac ini.

“Perlumbaan ini bermula jam 7 pagi dari Jalan Mer­pati di hadapan kompleks membeli-belah. Aktiviti ini dianjurkan di bawah Jawa­tankuasa Pembangunan Pelancongan melibatkan kerjasama Kelab Berbasikal

 Masterpiece,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa penganjur di sini semalam.

Perlumbaan berprestij itu merupakan pertama dianjur­kan di Sarawak dijadikan pel­uang terbaik mempromosikan lokasi-lokasi menarik di Miri merangkumi kawasan Bekenu dan Lambir kepada pelumba-pelumba luar.

Ahli jawatankuasa Jack Ho berkata, Menteri Muda Pelancongan, Datuk Lee Kim Shin dan Datuk Bandar MBM, Adam Yii diberi penghorma­tan melepaskan peserta.

Pertandingan dibahagikan kepada pelbagai kategori den­gan hadiah lumayan.

Jack berkata, masa terpan­tas menamatkan perlumbaan adalah dalam tempoh dua hingga tiga jam.

Setiap peserta dikenakan yuran RM130 yang meli­batkan jersi, cenderamata dan baucar.

“Kita juga menawarkan hadiah tiket cabutan bertuah bernilai RM10,000 kepada peserta,” katanya.

Advertisement