Anda di sini

Piala FAM: Kuching damba kemenangan

Advertisement
 Barisan pemain Kuching bakal mengintai kemenangan kedua apabila bertemu pasukan pilihan, Sime Darby FC di Shah Alam, petang ini.
BARISAN TERBAIK: Barisan pemain Kuching bakal mengintai kemenangan kedua apabila bertemu pasukan pilihan, Sime Darby FC di Shah Alam, petang ini.

Kejayaan meraih tiga mata pertama pada perlawanan pembukaan jadi bekalan jumpa Sime Darby FC petang ini

KUCHING: Kejayaan meraih tiga mata pertama pada perlawanan pembukaan minggu lalu menjadi bekalan tonik berharga kepada pendatang baharu Piala FAM, skuad warga kota Kuching untuk berdepan skuad pilihan, Sime Darby FC pada perlawanan berlangsung di Padang Bukit Jelutong, Shah Alam petang ini.

 Bagi pengendali Kuching, Sahrizan Sahari peluang anakanak buahnya untuk mencuri mata tetap ada walaupun sedar lawan yang dihadapi cukup berpengalaman dan mantap dari pelbagai posisi.

 Menurutnya, kita semua tahu bahawa pasukan Sime Darby FC adalah antara skuad ‘favourite’ dalam saingan Piala FAM kumpulan ini.

 Mereka cukup berpengalaman malah dibarisi ramai pemain berkualiti.

 “Namun, kita tidak datang dengan misi kosong dan tetap menyasarkan untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata,” katanya ketika dihubungi semalam.

 Menurut Sahrizan, ia bukan misi mustahil dengan syarat semua pemain mengekalkan momentum dan fokus terhadap perlawanan yang diharungi.

 “Saya yakin skuad kita (Kuching) mampu berdepan dengan anak-anak didik jurulatih berpengalaman, Ahmad Yusoff itu dalam tempoh 90 minit permainan,” katanya.

 Sahrizan berkata, paling penting pasukan kita tidak melakukan kesilapan mudah dan menunjukkan keserasian baik ketika beraksi.

 Mengulas mengenai persiapan Kuching, beliau masih memberi kepercayaan kepada barisan pemain yang diturunkan semasa menewaskan PBMS minggu lalu untuk mencipta magis di Shah Alam petang ini.

 “Cuma sedikit menggusarkan saya ialah tahap stamina pemain-pemain untuk menghadapi ujian sepanjang 90 minit perlawanan.

 Tidak dinafikan, stamina pemain-pemain masih belum mencapai tahap terbaik.

 “Justeru itu, kita memberikan fokus utama terhadap aspek tersebut sepanjang sesi latihan,” katanya.

 Perlawanan kedua-dua pasukan bermula jam 4.45 petang.

  • oleh
  • Advertisement