Anda di sini

368 peserta sertai Bintulu City Ride 2017

Advertisement
 Wan Ibrahim dan Adie (kiri) melepaskan peserta Bintulu City Ride 2017 semalam.
PELEPASAN: Wan Ibrahim dan Adie (kiri) melepaskan peserta Bintulu City Ride 2017 semalam.

BINTULU: Seramai 368 peserta dari dalam dan luar negara menyertai acara Bintulu City Ride 2017 bermula jam 7 pagi di Wisma Bintulu, Jalan Tanjung Kidurong semalam.

 Peserta terdiri dari negara Brunei (40), United Kingdom, England (1), Filipina (1), Alor Setar, Kedah (1), Kuala Lumpur (1), Perak (1), Sabah (3) Bintulu (155), Betong (5), Kapit (1), Kuching (36), Limbang (1), Miri (62), Mukah (21), Sarikei (2), Sibu (34) dan Spaoh (1).

 Upacara pelepasan peserta disempurnakan Penolong Pengurus Besar Alam Sekitar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Wan Ibrahim Wan Ali dan Pengurus Hal Ehwal Awam BDA, Adie Asad.

 Bintulu City Ride adalah acara berbasikal sejauh 55 kilometer dan peserta berkayuh basikal melalui beberapa laluan sekitar bandar Bintulu.

 Antara jalan dilalui ialah Tanjung Kidurong, Jalan Nyabau, Sebiew, Jalan Boulevard (Bintulu Paragon), Tanjung Batu, Jalan Sultan Iskandar dan laluan ke Wisma Bintulu.

 Hadiah lumayan ditawarkan untuk pemenang Mountain Bike Challenge berlangsung hari ini (Ahad) di Trek MTB Wisma Bintulu dan juara kategori lelaki bakal menerima hadiah wang tunai RM600, naib juara (RM500), ketiga (RM400), keempat (RM300) dan kelima (RM200).

 Juara untuk kategori lelaki veteran menerima RM400, naib juara (RM300), ketiga (200), keempat (RM100), kelima (RM100), juara lelaki junior (RM400), naib juara (RM300), ketiga (RM200), keempat (RM100) dan kelima (RM100).

 Kategori tertutup Bintulu, juara bakal menerima RM300, naib juara (RM200), ketiga RM100) dan keempat serta kelima masing-masing menerima RM50.

 Kategori dipertandingkan untuk Mountain Bike Challenge ialah terbuka lelaki, lelaki veteran, lelaki junior, lelaki terbuka Bintulu dan terbuka wanita.

 Acara sampingan lain turut diadakan sempena penganjuran dua acara besar itu.

Advertisement