Anda di sini

Warga kota dipelawa hadiri hari pendaftaran PR1MA di Dewan Saati SUPP hari ini dan esok

Advertisement

KUCHING: Warga kota terutama ingin memiliki rumah idaman mereka dipe-lawa untuk menghadiri Hari Pendaftaran PR1MA di Dewan Saati, Ibu Pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) hari ini.

Anjuran SUPP Cawangan Pending dengan kerjasama Perbadanan PR1MA, program dua hari sehingga esok ini bertujuan berkongsi maklumat kepada orang ramai mengenai rumah dibangun kerajaan menerusi PR1MA di sini.

Menurut Setiausaha Eksekutif SUPP Cawangan Pen-ding, Chong Teck Miaw, selain pendaftaran permohonan bagi rumah PR1MA, mereka hadir juga boleh membuat penilaian kelayakan pinjaman menerusi Bank Negara.

Selain itu, pegawai serta kakitangan PR1MA juga akan berada di lokasi program sepanjang dua hari ini untuk membantu orang ramai mempunyai kesulitan dalam mengemuka permohonan.

“Untuk memastikan kelancaran pada program esok (hari ini), saya ingin mengingatkan mereka hadir terutama pemohon agar membawa bersama kad pengenalan (IC), penyata gaji dan penyata bank terkini sekurang-kurangnya tiga hingga empat bulan.

“Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi SUPP Cawangan Pending di talian 082-331776 atau Ibu Pejabat SUPP di talian 082-246999 (Bryrong Chang),” kata Chong menerusi satu kenya-taan semalam.

Dalam pada itu Perumahan PR1MA adalah terbuka kepada warganegara Malaysia, bujang atau berkahwin berumur 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan antara RM2,500 hingga RM15,000 sebulan.

Salah satu projek ditawarkan untuk pendaftaran pada program hari ini ialah PR1MA Pending terletak di tebingan Bintawa dengan pemandangan cantik serta selesa kepada penghuninya.

Saiz rumah yang dibangunkan ini adalah dari 948 kaki persegi sehingga 1,158 kaki persegi lengkap dengan pejabat pengurusan sistematik, dewan serbaguna, pusat jagaan harian (Taska) dan pusat asuhan kanak-kanak (Tadika).

Program hari ini akan bermula pada jam 12.30 tengah hari dan dijangka akan dihadiri oleh Menteri Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Sim Kui Hian bagi acara perasmian sebelum taklimat projek oleh PR1MA.

Manakala hari kedua program pula akan dibuka kepada orang ramai bermula dari jam 10 pagi diikuti sesi taklimat projek oleh PR1MA dan soal jawab sebelum program tamat pada jam 12.30 tengah hari.

Advertisement