Anda di sini

SESCo tukar waktu operasi kaunter bermula 1 Mac ini

Advertisement

KUCHING: Anak syarikat Sarawak Energy Berhad (SEB), Syarikat SESCo Berhad (SESCo) akan menukar waktu operasi bagi kaunter perkhidmatan syarikat tersebut di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri berkuat kuasa 1 Mac nanti.

Naib Presiden SEB Yusri Safri berkata, waktu operasi baharu bagi keempat-empat cawangan kaunter perkhidmatan SESCo itu adalah bermula jam 8.30 pagi hingga 4 petang yang dibuka setiap Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum).

Jelasnya, waktu baharu merupakan salah satu inisiatif bagi memperkasakan lagi operasi kaunter perkhidmatan sekali gus menawarkan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan.

“Ini sebahagian usaha kita dalam memperkasa perkhidmatan yang kita tawarkan kepada pelanggan negeri ini,” katanya.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pertukaran waktu baharu operasi kaunter perkhidmatan SESCo di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri, orang tamai boleh menghubungi 1-300-88-3111.

Selain itu, pelanggan juga boleh memuat naik aplikasi ‘SEB Cares’ di telefon pintar androind dan Apple’s untuk mendapatkan maklumat berkaitan.

Advertisement