Anda di sini

Bintang Oscar ‘tolak’ lawatan mewah percuma ke Israel

Advertisement

BAITULMAQDIS: Setahun lalu, Israel menawarkan lawatan mewah yang dibiayai sepenuhnya kepada Leonardo DiCaprio, Matt Damon dan bintang lain dari Hollywood, tetapi mereka nampaknya memilih untuk menolaknya.

Aktivis berkata mereka sudah menang kerana ia nampaknya tiada seorang pun daripada 26 bintang Oscar yang ditawarkan lawatan peribadi yang percuma bernilai setinggi AS$55,000 (RM247,500) pernah melakukannya.

Tawaran itu, sebahagian daripada beg hadiah yang diberikan oleh sebuah syarikat pemasaran pada waktu Anugerah Oscar 2016 masing-masing bernilai kira-kira AS$200,000 (RM900,000) dan termasuk item lain se-perti kertas tandas yang amat mahal, mencetuskan tindak balas.

Kumpulan kempen menu-duh Israel cuba menggunakan selebriti bagi mendapatkan liputan positif dan menepis dakwaan tentang pencabulan di wilayah Palestin yang diduduki.

Beberapa hari sebelum majlis 2017 pada 26 Februari ini, nampaknya tidak ada seorang pun calon yang pernah melakukan lawatan.

Bintang ‘Hunger Games’, Jennifer Lawrence, tidak menerima tawaran itu tetapi memberikannya kepada ibu bapanya, kata agensi yang menghasilkan idea itu.

Ini adalah satu kejayaan,” kata Yousef Munayyer dari kumpulan ‘US Campaign for Palestinian Rights’, yang mengendalikan kempen menentang lawatan berkenaan bersama organisasi Amerika ‘Jewish Voice for Peace’.

Saya sangat gembira ke-rana tiada bukti yang me-nunjukkan orang ada pergi ke sana. Saya rasa ia adalah jelas bahawa objektif menggunakan pelakon adalah untuk menutup hakikat bahawa Israel telah gagal.”

Selepas diberi notis beberapa hari, kementerian pelancongan Israel enggan mengulas atau mengesahkan selebriti yang telah menerima tawaran berkenaan.

Menjelang Anugerah Oscar 2016, di mana DiCaprio memenangi anugerah pelakon terbaik untuk filem ‘The Revenant’, kementerian pelancongan Israel mengumumkan calon bagi lima hadiah utama dan hos Chris Rock akan masing-masing ditawarkan lawatan khas, termasuk pe-nerbangan kelas pertama dan hotel mewah.

Pegawai Israel berkata mereka mahu menunjukkan Israel yang sebenar pada waktu konflik.

Setiap selebriti yang datang untuk melawat kami dapat meletakkan dalam talian swafoto di suatu tempat dan nilainya amat tinggi sekali,” kata ketua pengarah kementerian pelancongan Amir Halevi kepada AFP ketika itu.

Namun aktivis di AS meletakkan iklan di dalam akhbar Los Angeles Times dan menggesa pelakon untuk tidak menerima lawatan itu dalam media sosial.

Aktivis kemudian memantau media sosial dan tradisional untuk melihat sama ada selebriti ada mengadakan lawatan awam atau tidak.

Setakat ini kami tidak melihat sebarang lawatan,” kata Munayyer.

Sam Gee dari agensi exploreisrael.com yang melahirkan idea itu berkata Lawrence memberikan lawatan itu kepada ibu bapanya sebagai hadiah hari jadi dan mereka sudah melakukan lawatan.

Jurucakap ‘Jewish Voice for Peace’ Granate Sosnoff berkata ia merupakan sebahagian daripada boikot kebudayaan yang lebih luas.

Kempen kami membawa ketegangan, mengganggu kebiasaan jenama Israel dan mengingatkan golongan elit di Hollywood bahawa kaitan dengan penjajahan ketentera-an,” katanya. — AFP

Advertisement