Anda di sini

Abun tempelak pihak terbabit nafi banjir di Long Busang

Advertisement
 Salah sebuah kereta ditenggelami air banjir ekoran paras air naik mendadak.
TIDAK SEMPAT ALIH: Salah sebuah kereta ditenggelami air banjir ekoran paras air naik mendadak.

SIBU: Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Hulu Rajang, Abun Sui Anyit menempelak sikap pihak terbabit membuat penafian berhubung insiden banjir di Long Busang, Ahad lalu.

Dalam satu kenyataannya, Abun memberitahu sikap sedemikian jelas menunjukkan pihak terbabit cuba mengelirukan rakyat serta gagal bertanggungjawab.

Katanya, paparan salah sebuah stesen televisyen menggambarkan kejadian banjir di Long Busang tidak serius turut mengecewakan.

Ini kerana, paparan tersebut jelas beliau dirakamkan ketika air banjir melanda kawasan itu mulai surut.

Cubaan pihak terbabit menafikan insiden itu bukan sahaja mengecewakan malah mereka cuba menyembunyikan kebenaran.

Didapati juga tiada bilik gerakan di Long Busang seperti didakwa pihak terbabit,” katanya.

Justeru, pihak berkenaan harus tampil memohon maaf kepada penduduk di Long Busang kerana menafikan insiden banjir yang menimpa mereka.

Pihak terbabit juga harus datang melawat penduduk terjejas dan memberi segala bantuan yang diperlukan,” katanya.

Advertisement