Anda di sini

Tingkat prestasi, OneHeadFT adakan aksi persahabatan

Advertisement

BINTULU: Dalam usaha memantapkan pasukan yang baharu dibentuk, skuad dari Bintulu, OneHeadFT mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Wisma Miri di Padang Kelab Rekreasi Petroleum (KRP) Lutong Miri barubaru ini yang berkesudahan seri 2-2.

 Wisma Miri membuat jaringan awal pada minit ke-25, namun OneHeadFt membalas untuk menyamakan kedudukan apabila memperolehi sepakan penalti pada minit ke-35 yang disempurnakan dengan baik oleh Hafizi Bujang.

 OneHeadFt berusaha mendahului sekal i gus mengejutkan Wisma Miri dengan jaringan kedua melalui rembatan Mohd Firdaus yang mengelirukan penjaga gol lawan pada minit ke-40.

 Begitupun, Wisma Miri tidak mahu tunduk apabila turut berjaya menyamakan kedudukan pada minitminit akhir perlawanan.

 Pengurus pasukan OneHeadFT Mehdi Yahya berkata, tujuan perlawanan itu diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan pasukan dari luar Bahagian Bintulu di samping sebagai satu usaha memantapkan pasukan.

 “Selain itu, kami sedang membuat persiapan untuk menghadapi cabaran Kejohanan Piala Petronas edisi ke-23 akan datang.

 “Aktiviti ini akan diteruskan lagi yang mana kami akan menjelajah ke sekitar Sarawak, Labuan dan Sabah dengan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan lain,” katanya.

 Sementara itu, Ketua jurulatih OneHeadFt Dahlan Matusin berkata, pasukan bimbingannya itu baharu sahaja dibentuk tahun lepas dan masih dalam proses untuk memantapkannya bagi menghadapi beberapa kejohanan penting yang diadakan di neger i ini khasnya di Bintulu.

Advertisement