Anda di sini

Penembakan mati bayi disiar secara langsung dalam video FB

Advertisement

CHICAGO: Seorang bayi dan seorang lelaki mati ditembak ketika menaiki sebuah kereta dalam serangan Hari Valentine yang disiarkan secara langsung menerusi video dalam Facebook.

Polis kelmarin berkata mereka masih mencari seorang suspek dalam kejadian tembakan itu yang mengejutkan Chicago, sebuah bandar raya yang bergelut dengan ledakan keganasan yang begitu teruk sehingga ia mengundang kecaman Presiden Donald Trump.

Bayi lelaki berusia dua tahun itu, dikenal pasti oleh pegawai sebagai Lavontay White, terkena tembakan di kepala Selasa lepas dan me-ninggal dunia di hospital.

Bayi itu duduk di kerusi belakang sebuah kereta sedan merah, bersama ibu saudaranya yang berusia 20 tahun dan seorang lelaki berusia 26 tahun di hadapan, apabila seorang lagi lelaki mula menembak mereka, menurut pihak berkuasa.

Pegawai belum memaklumkan kepada umum nama pasangan terbabit, yang me-rakamkan secara langsung ketika mereka dalam kereta menerusi Facebook apabila bunyi tembakan bergema.

Wanita tersebut kelihatan menjerit dan lari keluar dari kereta dan memasuki sebuah lorong, sementara tembakan bertalu-talu kedengaran. Imej kenderaan terbabit me-nunjukkan beberapa lubang peluru.

Lelaki berkenaan, yang turut mati akibat luka tembakan pada bahagian kepala, merupakan sasaran sebenar serangan itu yang ada kaitan dengan kumpulan samseng, kata polis.

Wanita terbabit, yang dilaporkan hamil, cedera pada bahagian perut dan terselamat.

Ini lambat-laun perlu dihentikan,” kata ketua polis Eddie Johnson kepada media berita Selasa lepas.

Anak-anak kita tidak perlu membayar harga bagi kegagalan kita untuk mempertanggungjawabkan pesalah senjata bersiri di atas tindakan mereka,” kata Johnson. — AFP

Advertisement