Anda di sini

Barangan seludup RM3.83 juta dirampas kastam

Advertisement

Oleh Florence Nervyn 

SIBU: Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Sarawak menumpaskan penyeludupan 36 kontena barangan seludup dengan nilai dan cukai RM3.83 juta di Sibu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Malaysia (Penguatkuasaan) Datuk Paddy Abdul Halim berkata, keseluruhan 36 unit kontena ditahan di Pelabuhan Rajang, Sibu kerana disyaki membawa barang seludup dari luar negara.

"Hasil pemeriksaan ke atas kontena-kontena mendapati 25 unit mengandungi beras kesemuanya seberat 653,850 kg dengan anggaran nilai dan cukai sebanyak RM1,830,780.00

"4 kontena mengandungi bir dengan anggaran nilai dan cukai sebanyak RM883,319.27 manakala 7 kontena lagi mengandungi tayar dengan anggaran nilai dan cukai sebanyak RM1,124,936.83," jelasnya pada sidang media di pekarangan Pejabat JKDM Sibu, hari ini

Paddy berkata, kesemua barangan tersebut disita di bawah peruntukkan seksyen 114, Akta Kastam 1967 kerana disyaki diimport tanpa permit import yang sah.

"Setakat ini belum ada tangkapan dibuat dan kes masih disiasat di bawah seksyen Akta Kastam 1967 kerana dengan sedari mengimport barang larangan tanpa permit import yang sah," ujarnya.

Paddy (empat kanan) pada sidang media rampasan 36 kontena mengandungi pelbagai barangan seludup.
Paddy (empat kanan) pada sidang media rampasan 36 kontena mengandungi pelbagai barangan seludup.
Advertisement