Anda di sini

Suriati dirayu pulang dengan segera ke pangkuan suaminya

Advertisement

SIBU: Seorang suami, Bonny Mandau memohon jasa baik orang ramai untuk membantu mengesan isterinya.

Isterinya difahamkan warganegara asing dikenali Suriati, 44, dikatakan meninggalkan rumah sewa mereka pada 26 Januari lalu.

Bonny menyedari isterinya tiada di rumah jam 1.30 petang selepas balik kerja sebagai pemotong daging di Pasar Sentral Sibu.

Menurutnya, dia mendapati isterinya tiada rumah dan keluar rumah tanpa pengetahuannya.

Bonny juga dikatakan ada bertanya kepada jiran terdekat namun masing-masing tidak mengetahui atau melihat isterinya keluar dari rumah mereka.

Jelasnya, empat hari sebelum kehilangan isterinya dia memberitahu berlaku perselisihan faham antara dia dan isterinya namun diselesaikan mereka berdua dengan baik.

Buntu dengan kehilangan isterinya, Bonny membuat laporan polis dan memohon kerjasama orang ramai yang mengetahui kedudukan Suriati agar menghubungi balai polis terdekat.

Advertisement