Anda di sini

Khairy akan jumpa Hamidin hari ini

Advertisement

SANDAKAN: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin akan berjumpa Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini berhubung pencalonannya bagi merebut jawatan presiden badan induk itu.

 Namun Khai ry menjelaskan beliau masih belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding atau sebaliknya.

 “Mungkin esok (hari ini) saya akan berjumpa Setiausaha Agung FAM (Datuk Hamidin Mohd Amin) sebab dia kata kena isi borang.

 “Sama ada nak bertanding atau tidak, tunggulah nanti,” katanya pada sidang media selepas Program Fit- Malaysia peringkat Sabah di sini, semalam.

 Tiga lagi nama yang dicalonkan untuk menerajui badan induk tersebut iaitu pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bekas Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM Tan Sri Aseh Che Mat.  — Bernama

Advertisement