Anda di sini

Dua lelaki seronok berjudi dicekup polis

Advertisement

LIMBANG: Keseronokan dua lelaki sedang bermain judi siber tidak berpanjangan sebaik premis perniagaan di tingkat satu Jalan Buangsiol dekat sini diserbu polis petang Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata dua suspek merupakan penduduk tempatan ditahan sekitar jam 2.30 petang.

Jelasnya pelbagai peralatan dipercayai mengandungi perisian judi online dan wang tunai RM80 dirampas dalam serbuan itu.

Antara peralatan yang dirampas termasuk enam unit tablet, seunit CPU, tujuh unit tetikus, seunit keyboard, seunit monitor dan wang tunai RM80,” katanya di sini kelmarin.

Jelasnya serbuan dijalankan sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah IPD Limbang dan kes berkenaan disiasat di bawah  Seksyen 4B(b) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Advertisement