Anda di sini

Japar pamer kehebatan muncul juara Golf Mini Benak Simunjan

Advertisement

KUCHING: Kejohanan Golf Mini Benak Simunjan yang melabuhkan tirai di Damai Golf and Country Club semalam menyaksikan Japar Mustapa mempamer kehebatan untuk muncul juara.

 Beliau mengumpul 83 pukulan dalam acara ‘gross’ sekali gus menewaskan Reta Bujang di tempat kedua yang mencatat 87 pukulan.

 Tempat ketiga kategori sama dirangkul Datuk Kamal Husin dengan mengumpul 89 pukulan.

 Kategori ‘nett’ pula menyaksikan Salleh Mat memastikan kejuaraan selepas mencetak 69 pukulan.

 Salleh menewaskan Rashid Bakar yang mengumpul 71 pukulan (OCB) untuk tempat kedua, tempat ketiga milik Othman Junaidi juga dengan 71 pukulan (OCB) disusuli Dr Lee Saat (71) dan Hipni Abang Kanaini (74).

 Sementara itu, Japar meraih kejuaraan berganda dengan memenangi kategori ‘novelties’ (nearest to pin) dengan jarak 4 kaki 7 inci.

 Mohd Shapie Osman turut memenangi kategori sama pada lubang ke-12 dengan jarak 3 meter.

 Manakala Kamal memenangi kategori ‘nearest to line’ dengan jarak 0.01 meter pada lubang ketujuh.

 Ahli Dewan Undangan Negeri Simunjan, Awla Dris menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Advertisement