Anda di sini

Restoran Nando’s perkenal perisa PERi-PERi baharu, mangga dan limau nipis

Advertisement
 Hidangan Nando’s kini diserikan dengan empat perisa PERi-PERi baharu.
MENYELERAKAN: Hidangan Nando’s kini diserikan dengan empat perisa PERi-PERi baharu.

KUCHING: Restoran Nando’s buat pertama kalinya dalam sejarah 19 tahun penubuhannya di Malaysia memperkenalkan perisa PERi-PERi baharu di setiap cawangannya termasuk di The Spring di sini.

Perisa baharu itu, mangga dan limau nipis masih mengekalkan warisan ‘Afro-Portuguese’ dan menambahkan dimensi baharu dalam rangkaian perisa PERi-PERi.

Diimport dari Afrika Selatan, perisa PERi-PERi kini ditawarkan dalam empat pilihan pedas, iaitu lemon dan herba, sederhana, pedas dan ‘extra’ pedas.

Kini, para penggemar yang baharu sahaja memulakan ‘pengembaraan berempah’ juga boleh menikmati perisa mangga dan limau nipis yang sudah pastinya akan menepati cita rasa warga Malaysia yang menggemari masakan manis dan pedas.

“Ayam bakar PERi-PERi kami telah lama diminati oleh para penggemar di Malaysia dan di luar negara. Dengan perisa baharu ini, kami berharap agar dapat meraikan penggemar baharu dan mengujakan penggemar Nando’s dengan perisa manis, masam dan berseri tetapi dengan sentuhan unik PERi-PERi Nando’s.

“Kami sentiasa mencari cara untuk meningkatkan pengalaman Nando’s sambil mengekalkan identiti kami dan kombinasi menarik mangga dan limau nipis benar-benar menepati sasaran ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Nando’s Malaysia Stephen Chew.

Nando’s menggabungkan mangga dan limau dengan satu minuman rekaan baharu, Tropical Fruitea, bagi melengkapkan pengalaman yang sungguh menyelerakan itu.

Satu padanan tropika yang melegakan dahaga dengan mangga dan limau nipis diserikan dengan jus oren dan teh limau menjadi gabungan terunggul untuk hidangan berperisa PERi-PERi mangga dan limau.

Sejak ia diperkenalkan, mangga dan limau telah menjadi popular di pelbagai negara di serata dunia termasuk United Kingdom dan Australia dan kini adalah perisa utama di semua cawangan Nando’s Malaysia dalam menu tetapnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai perisa baharu ini orang ramai boleh melayari www.nandos.com.my atau laman sosial Facebook di www.facebook.com/nandosmy.

Advertisement