Anda di sini

Limbang tekad mara, tebus kekalahan

Advertisement
 Limbang tekad mara ke pusingan seterusnya ketika menentang Serian petang ini.
SEDIA: Limbang tekad mara ke pusingan seterusnya ketika menentang Serian petang ini.

LIMBANG: Limbang tekad mara bagi menebus kekala­han sekali gus mencerahkan mereka ke pusingan seterus­nya Liga Bola Sepak Rakyat 2016/2017 Peringkat Ke­bangsaan pusingan pertama ketika menentang Serian di Kompleks Sukan Limbang, petang ini.

Timbalan Presiden Persatu­an Bola Sepak Limbang (LFA), Alidin @ Brahim Tawar ber­kata Limbang perlu kekal fokus dengan misi utama mara ke pusingan seterusnya.

“Kita pasti Limbang lebih bersedia dan berazam tinggi untuk menang dengan mem­perkemas setiap bahagian serta bermain habis-habisan untuk mara ke pusingan seter­usnya,” kata Alidin ketika dihubungi di sini semalam.

Limbang tersenarai dalam Kumpulan C bersama Se­rian, Wilayah Persekutuan Labuan dan Kota Belud/Kota Marudu/Keningau.

Menurutnya, bermain di tempat sendiri memberi kelebihan kepada Limbang selepas tewas ke atas Serian dengan 4-0 pada Pusingan Kelayakan Peringkat Kebang­saan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) 2016 di Kompleks Su­kan Serian sebelum ini.

“Limbang turut mengeka­lkan pemain-pemain sedia ada selain melakukan per­tambahan pemain untuk mengatasi masalah ketiadaan pemain yang dihadapi seka­rang,” katanya.

Advertisement