Anda di sini

Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 4.2 peratus tahun ini

Advertisement

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 4.2 peratus tahun ini, disokong oleh peningkatan eksport, pemulihan harga komoditi dan penggunaan domestik yang tinggi. 

Pakar Ekonomi OCBC Bank, Wellian Wiranto, berkata eksport negara diunjur berkembang antara tiga dan empat peratus tahun ini disokong oleh eksport komoditi dan elektronik.

“Harga minyak dijangka pulih dan meningkat sehingga AS$65 (AS$1 = RM4.43) setong tahun ini, disokong oleh pengurangan bekalan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan bukan OPEC,” katanya pada taklimat mengenai Prospek Ekonomi 2017, di sini, semalam.

Beliau berkata apabila harga minyak pulih semula, semua harga komoditi juga akan mendapat manfaat daripadanya kerana Malaysia adalah pengeksport bersih komoditi.

Minyak Mentah Brent kini berlegar sekitar AS$55 setong. — Bernama

Advertisement