Anda di sini

Penempatan baharu Israel tidak bantu proses kedamaian di Timur Tengah: Rumah Putih

Advertisement

WASHINGTON: Rumah Putih kelmarin berkata pembinaan penempatan Israel yang baharu atau memperluaskan bangunan yang sedia ada “mungkin tidak membantu” dalam memastikan kedamaian di Timur Tengah.

“Ketika kami tidak mempercayai kewujudan penempatan sebagai satu halangan bagi kedamaian, pembinaan penempatan yang baharu atau perluasan penempatan yang sedia ada jauh dari sempadan mereka sekarang mungkin tidak membantu,” menurut jurucakap Sean Spicer.

Kenyataan tersebut adalah jauh berbeza dengan keputusan Trump sebelum ini yang menyokong penuh pembinaan penempatan Israel.

Sejak Trump memegang jawatan, Israel telah meluluskan beberapa pembinaan penempatan baharu, satu bentuk tindakan yang menurut pengkritik berisiko menggagalkan penyelesaian dua negara.

Baru-baru ini Israel telah mendedahkan rancangan membina 3,000 buah rumah baharu untuk penduduk Yahudi di Tebingan Barat yang ditakluki, pengumuman keempat sebegitu dalam masa kurang dari dua minggu sejak Trump memegang jawatannya.

“Pentadbiran Trump tidak mengambil kedudukan rasmi bagi aktiviti penempatan dan tidak sabar untuk meneruskan perbincangan, termasuk dengan Perdana Menteri  Netanyahu ketika beliau melawat Presiden Trump pada lewat bulan ini,” menurut Spicer.

Trump telah dijadualkan untuk menerima kehadiran Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu ke Rumah Putih pada 15 Februari ini.

Penempatan di kedua-dua tempat di Tebingan Barat dan timur Baitulmaqdis telah dianggap sebagai haram di bawah undang-undang antarabangsa dan penghadang utama bagi kedamaian kerana ia telah dibina di atas tanah yang rakyat Palestin ingin jadikan sebagai negara mereka sendiri.

Ketika bekas presiden Barack Obama menjadi semakin kecewa dengan pembinaan penempatan Israel dan menolak untuk menggunakan kuasa veto terhadap satu resolusi Majlis Keselamatan PBB pada 23 September yang mengecam penempatan, Trump telah menyeru bagi resolusi itu dibatalkan.

Presiden Republikan telah bertindak pantas dengan berkawan dengan perdana menteri Israel, dan kedua-dua mereka telah bercakap melalui panggilan telefon pada Ahad lepas.

“Ketika presiden telah menyuarakan beberapa kali, beliau berharap untuk mencapai kedamaian melalui wilayah Timur Tengah,” jelas Spicer.

Trump sebelum itu me-nyatakan bahawa menantu lelakinya Jared Kushner akan memainkan peranan dengan cuba berunding bagi kedamaian.

Idea bagi sebuah negara Israel dan Palestin yang sedia ada telah menyekat usaha damai selama beberapa dekad.

Presiden turut menyatakan beliau merancang untuk memindahkan kedutaan AS di Israel dari Tel Aviv ke Baitul-maqdis – satu langkah yang telah dibantah sepenuhnya oleh penduduk Palestin.

Sekiranya kedutaan AS dipindahkan ke Baitulmaqdis, ia akan memecahkan polisi AS selama beberapa dekad dan menjadi ganjil dengan majoriti menyeluruh dari negara lain, yang mempercayai status Baitulmaqdis harus diselesaikan melalui rundingan.

Trump turut dikecam ke-rana gagal untuk menyatakan dengan jelas dalam kenyataan peringatan Holocaust beliau semalam  bahawa enam juta orang Yahudi terkorban dalam genosid Nazi. — AFP

Advertisement