Anda di sini

Komitmen 100 peratus dituntut

Advertisement
 Pemain memanaskan badan sebelum memulakan sesi latihan.
SIAP SEDIA: Pemain memanaskan badan sebelum memulakan sesi latihan.

KUCHING: Pengendali Sarawak, David Usop mahu barisan pemainnya mem­berikan komitmen seratus peratus untuk menjinakkan pendahulu Liga Super, Pa­hang pada perlawanan di Stadium Negeri, Petra Jaya malam ini.

Mengakui skuad Tok Gajah memiliki kelebihan berband­ing Sarawak yang kehilan­gan Mateo Roskam akibat kecederaan, David tetap per­caya anak didiknya mampu mencipta kejutan terhadap lawan.

Beliau bagaimanapun men­egaskan kepada pemain agar tidak alpa dan mengelak dari­pada melakukan kesilapan mudah sepanjang 90 minit perlawanan.

“Kita akui Pahang mempu­nyai kelebihan, empat pemain import baharu mereka bemain dengan cemerlang dalam dua perlawanan sebelum ini. Selain itu, mereka turut mempunyai barisan pemain tempatan yang berkualiti.

“Namun, ia bukan alasan untuk kita gagal memberikan cabaran meraih mata, lebih-lebih lagi kita akan beraksi di laman sendiri,” katanya semalam.

Menurut David, selepas hanya mengutip satu mata daripada dua perlawanan awal, Sarawak tidak mem­punyai pilihan lain melain­kan perlu mengatasi Pahang malam ini untuk memperbaiki kedudukan dalam carta liga.

Satu tugas yang berat, na­mun David telah memikirkan sesuatu untuk memerangkap skuad kendalian Dollah Salleh itu.

“Kita terpaksa membuat sedikit perubahan strategi di bahagian serangan selepas Mateo Roskam tidak dapat beraksi. Skuad juga masih kehilangan Hairol Mokhtar dan Ramesh Lai di posisi pertahanan.

“Saya masih memperhalusi perancangan yang akan digu­na pakai malam ini, yang pasti kita akan menurunkan skuad terbaik untuk tidak memberi laluan mudah kepada Pa­hang,” tambahnya lagi.

Beliau juga berharap ke­hadiran bekas-bekas pemain Sarawak pada 1997 akan membakar semangat pemain­nya untuk menampilkan corak permainan yang mantap bagi memburu kemenangan.

Sarawak sedang menduduki tangga kesembilan selepas hanya mengutip satu mata setakat ini.

  • oleh
  • Advertisement