Anda di sini

Gavin ungguli carta liga Skateboard CISKA

Advertisement

KUCHING: Peluncur berbakat, Gavin Jordon Nuek mengungguli carta Liga Skateboard CISKA 2017 selepas menjuarai liga bulanan Januari dengan kutipan 10 mata.

Bagaimanapun, beliau dicabar oleh Ezmith di kedudukan kedua dengan kutipan tujuh mata manakala Bern Edan dan Akmal Aiman menghuni tangga ketiga dan keempat selepas masing-masing berkongsi lima mata.

Tempat kelima hingga ke-10 ketika ini disandang oleh Ezrasyah (3), Ilyasha Ghazali (3), Azfar Hakim (3), Wan Kamarul (3), Aminur (3) dan Azfar Ariffin (3).

Penganjur kejohanan, Zulkarnien Poasa berkata liga papan selaju bulanan itu berlangsung pada setiap hujung bulan dengan markah diberi berdasarkan persembahan peluncur pada setiap bulan.

Markah-markah tersebut akan dikumpul mengikut persembahan peluncur pada setiap bulan. Peluncur yang mengumpul markah terbesar akan dinobatkan juara pada November nanti,” katanya di sini semalam.

Menurut Zulkarnien, peluncur akan berentap pada Disember 2017 dalam kejohanan ‘Best Trick’ CISKA/SOS/Homer dan anugerah ‘Skater Of The Year 2017’ di Old Court House di sini.

Kemuncak perlawanan itu bakal dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman sekali gus menyampaikan hadiah kepada pemenang,” katanya.

Kejohanan tersebut dianjurkan oleh ‘School of Skatebaording’ dengan Kelab Papan Selaju Dewan Suarah Kuching (CISCA).

Presiden CISKA, Farouk Tufail Mahmud turut hadir memberi sokongan pada pertandingan bulan pertama minggu lalu.

Advertisement