Anda di sini

Dua lelaki Nigeria terlepas tali gantung

Advertisement

JOHOR BAHRU: Dua lelaki Nigeria terselamat daripada tali gantung setelah Mahkamah Tinggi di sini semalam melepas dan membebaskan mereka daripada pertuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine, empat tahun lepas.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap Arinze Alex Ugenyt, 29, dan Ifeanyi Kingsley Chukwuka, 28, di akhir kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa mengedar 678.2 gram dadah jenis methamphetamine di hadapan sebuah hotel di Jalan Kebun Teh, di sini, kira-kira jam 7.15 pagi, 2 Dis 2013.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama dan dibaca Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Sequerah berkata mahkamah mendapati kedua-dua tertuduh gagal dikaitkan dengan dadah yang ditemukan seperti didakwa.

Beliau berkata tiada kesan cap jari ditemukan pada dadah tersebut dan pihak pendakwaan juga gagal memanggil pemilik kereta di mana dadah tersebut ditemuI.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Iffa Zarilla Abd Rahman manakala Ugenyt diwakili peguam M. Vinodharan dan Chukwuka oleh peguam Afifuddin Ahmad Hafifi.

Seramai 15 saksi dikemukakan sepanjang perbicaraan yang bermula sejak 2014. — Bernama

Advertisement