Anda di sini

Utamakan keselamatan musim perayaan

Advertisement

Tiada kematian direkodkan sepanjang Tahun Baharu Cina 2016: Pengarah JBPM Sabah

 Nordin (kanan) dan pegawai JBPM menunjukkan risalah Kempen Keselamatan Kebakaran di stesen Shell Kingfisher, kelmarin.
DIDIK MASYARAKAT: Nordin (kanan) dan pegawai JBPM menunjukkan risalah Kempen Keselamatan Kebakaran di stesen Shell Kingfisher, kelmarin.

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah tidak merekodkan kes kematian pada Februari 2016 berbanding tempoh sama pada 2015.

Pengarah JBPM Sabah Nordin Pauzi berkata kedua-dua perbandingan statistik terbabit direkodkan sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina di seluruh Sabah.

Sepanjang Februari 2015, JBPM merekodkan sebanyak empat kematian dan satu mangsa cedera, manakala bagi tempoh sama pada 2016 tiada kematian direkodkan, hanya dua mangsa cedera akibat kebakaran,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2017, di sini, kelmarin.

Beliau berkata walaupun angka terbabit menunjukkan hasil yang positif, bagaimanapun angka kes kebakaran rumah dan bangunan menunjukkan peningkatan sebanyak 15 peratus bagi kedua-dua tempoh.

Bagi keseluruhan tahun 2015, kita merekodkan 35 kes kebakaran dan jumlah itu meningkat kepada 41 kes pada 2016.

Keadaan sama turut direkodkan dalam kes kemalangan jalan raya iaitu sebanyak 463 kes dicatatkan pada 2016 dan hanya 439 kes pada 2015,” katanya.

Nordin berkata pihaknya akan giat melaksanakan kempen keselamatan kebakaran di seluruh negeri terutamanya semasa musim perayaan dan cuti umum berikutan statistik kemalangan tinggi dicatatkan semasa tempoh berkenaan.

Program hari ini adalah sebahagian daripada usaha JBPM dalam mendidik masyarakat tentang bahaya kebakaran dan cara-cara untuk mengelak daripada berlakunya insiden ini.

Usaha ini juga akan lebih berkesan dengan adanya bantuan pelbagai agensi serta kerjasama daripada orang ramai.

Saya juga menegaskan kepada orang ramai untuk tidak mengambil mudah aspek penjagaan keselamatan kebakaran terutamanya semasa sepanjang sambutan perayaan yang menjelang tiba tidak lama lagi,” katanya.

Advertisement