Anda di sini

Promosi jualan pasar Raya Emart berlangsung sepanjang minggu

Advertisement
 Hamper sempena Tahun Baharu Cina yang terdapat di Pasar Raya Emart.

ISTIMEWA: Hamper sempena Tahun Baharu Cina yang terdapat di Pasar Raya Emart.

KUCHING: Sempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) yang akan tiba tidak lama lagi, Pasar Raya Emart yang terletak di Batu Kawa dan Matang akan melancarkan pelbagai promosi jualan murah sepanjang minggu sebelum Perayaan Tahun Baharu Cina bermula.

Pasar Raya Emart akan mengadakan promosi jualan murah secara berterusan bermula dari hari ini sehingga 26 Januari ini untuk memberikan peluang kepada para pelanggan untuk membeli-belah bagi menyambut musim perayaan yang menjelang.

Pelbagai jenis produk perayaan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, gula-gula, biskut, makanan tin dan minuman ringan yang dijual pada harga murah kini sudah boleh didapati di Pasar Raya Emart untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Antaranya, lokam madu yang digemari ramai juga kini mula dijual di Pasar Raya Emart dan boleh didapati dalam pelbagai pilihan saiz.

Selain itu, pelbagai jenis hamper perayaan Emart yang unik dan cantik juga boleh didapati di Pasar Raya Emart dengan pelbagai saiz dan mengikut bajet pelanggan.

Dengan setiap pembelian mana-mana hamper Emart yang bernilai RM150 dan ke atas dalam satu resit, pelanggan boleh mendapatkan sekeping baucar tunai RM10 Emart secara percuma.

Baucar tersebut boleh ditebus di kaunter keahlian Emart dan bilangan baucar adalah sangat terhad.

Justeru, pelanggan boleh mengambil peluang ini untuk menghadiahkan hamper tersebut kepada orang yang tersayang seperti keluarga, rakan dan rakan kongsi perniagaan untuk menunjukkan keikhlasan hati terhadap mereka sempena perayaan yang menjelang.

Di samping itu, Pasar Raya Emart juga telah menyediakan satu tempat dalam pusat beli-belah untuk memberikan kemudahan dan lebih banyak pilihan kepada pelanggan.

Pelbagai jenis produk perayaan seperti kotak minuman ringan dan barangan keperluan yang beraneka jenis yang dijual dalam harga yang cukup murah dan berpatutan boleh didapati di sini.

Ia untuk memudahkan pelanggan supaya dapat membeli-belah dengan cepat dan tidak perlu beratur panjang ketika membuat pembayaran.

Selain itu, sempena dengan musim perayaan dan hari gaji yang menjelang, Pasar Raya Emart juga akan mengadakan Promosi Jualan Sehari yang Tergempar pada 22 Januari ini.

Pelbagai jenis barangan dapur dan produk perayaan akan dijual pada harga yang sangat murah pada hari tersebut.

“Jadi jangan terlepas peluang keemasan ini untuk mendapatkan lebih banyak penjimatan. Pelanggan digalakkan untuk mempromosikan kepada rakan-rakan dan orang yang mereka sayangi.

“Pelbagai promosi dalaman juga akan diadakan bermula pada minggu ini bagi memenuhi keperluan pelanggan yang tinggi,” kata jurucakap Emart.

Pasar Raya Emart juga telah melancarkan promosi angpau iaitu dengan setiap pembelian RM88 dan ke atas dalam satu resit, ahli adalah layak untuk menebus satu pek angpau secara percuma.

Selain itu, Pasar Raya Emart juga telah mengadakan aktiviti penebusan patung ayam sempena TBC yang mana ahli hanya perlu mengumpul enam cop dan mereka layak untuk menebus satu set patung ayam secara percuma.

“Semua promosi ini adalah eksklusif untuk ahli Emart sahaja. Stok adalah terhad dan tebuskan sekarang sementara stok masih ada,” ujarnya.

Pasar Raya Emart Matang akan melanjutkan tempoh perniagaan sehingga 10.30pm bermula dari 20 Januari sehingga 26 Januari ini sempena TBC dan akan beroperasi seperti biasa semasa perayaan itu dan cuti umum nanti.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila datang ke Pasar Raya Emart dengan segera.

Advertisement