Anda di sini

432 bakal sertai Kejohanan Merentas Desa MSSS, 4 Februari ini

Advertisement
 Mohadi (duduk, tengah) yang mempengerusikan mesyuarat Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Sarawak merakam gambar kenangan bersama beberapa guru yang hadir semalam.

MESYUARAT: Mohadi (duduk, tengah) yang mempengerusikan mesyuarat Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Sarawak merakam gambar kenangan bersama beberapa guru yang hadir semalam.

BINTULU: Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Sarawak (MSSS) bakal disertai 432 peserta termasuk 132 pegawai dan 250 urus setia pada 4 Februari di Pantai Tanjung Batu Bintulu.

Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Tatau merangkap pengerusi bersama PPD Bintulu dan PPD Sebauh Mohadi Mobin berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) memilih Pantai Tanjung Batu untuk pengelolaan kejohanan itu bertujuan untuk mempromosi pantai tersebut kepada umum.

Katanya kejohanan yang bertemakan `Tanjung Batu Challenge’ itu juga untuk melatih para pelajar khususnya pelajar tingkatan enam mengelolakan aktiviti besar seumpamanya.

“Perasmian dan penutupan kejohanan itu dijangka akan disempurna Pengarah JPNS Rakayah Madon,” katanya yang mempengerusikan mesyuarat berkenaan kejohanan itu di Bilik Mesyuarat PPD Bintulu semalam.

Dalam pada itu, Apo Latit daripada Unit Sukan JPNS berkata, aktiviti terbabit merupakan yang pertama dianjurkan oleh JPNS tahun ini yang melibatkan penyertaan 12 bahagian di Sarawak bagi memilih 36 atlet terbaik yang akan mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan di Selangor pada 10 Mac akan datang.

Katanya kategori umur yang dipertandingkan ialah untuk 12 tahun, 15 tahun dan 16 tahun lelaki dan perempuan.

Berikutan melibatkan acara besar beliau berharap jawatankuasa pengelola dapat memberi keutamaan kepada keselamatan para peserta yang menyertainya.

Begitupun bahagian keselamatan yang akan turut membantu dalam kejohanan itu ialah Pejabat Residen Bahagian Bintulu, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Bintulu dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Turut hadir dalam mesyuarat itu Pengerusi Teknikal dan Pembangunan Sukan Olahraga MSS Sarawak Christopher Tingkai, Penolong Pegawai PPD Bintulu Fred Entau, Penolong PPD Tatau Muhd Nor@Tana Abdullah serta guru-guru besar daerah Bintulu, Tatau dan Sebauh.

 

Advertisement